Kes lebih rendah di Sabah

KOTA KINABALU 15 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengesahkan jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 381 kes dengan kumulatif sebanyak 23,095 kes.

Daripada 381 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 129 kes (33.86%) adalah dari daerah Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 252 kes adalah dari lain-lain kategori.

Tiga kematian dicatatkan iaitu dua di daerah Sandakan dan satu di Semporna sementara 566 pesakit Covid-19 sembuh.

Seramai 2,404 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital dan 1,719 orang di PKRC manakala pesakit dalam ICU ialah 64 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Sementara itu daerah Kunak bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Related posts

Leave a Comment