Indonesia mendahului rakan

JAKARTA 15 Nov. – Indonesia terus mendahului negara anggota ASEAN lain dengan merekodkan 467,113 kes berbanding ‘pesaing’ terdekat Filipina yang mencatatkan 407,838 kes.

Sebanyak 4,106 kes baharu Covid-19 direkodkan Indonesia hari ini menjadikan kumulatifnya meningkat kepada 467,113 kes dengan kes aktif 59,911.

Provinsi Jakarta merekodkan 1.165 kes dan kumulatifnya yang tertinggi sebanyak 118.627 kes diikuti Jawa Tengah 1.071 kes dan kumulatifnya mencapai 43.443 kes.

Jawa Barat mencatatkan 309 kes, Jawa Timur 217 dan Sumatera Barat 213.

Bagi kes kematian pula, 63 pesakit yang meninggal dunia hari ini menjadikan kumulatifnya 15,211 kes Jawa Tengah merekodkan 21 kematian , Jawa Timur 15 dan Kalimantan Timur enam.

Kes sembuh pula meningkat kepada 391,991 apabila 3,897 lagi pesakit dilaporkan sembuh hari ini.

Jawa Barat mencatatkan kes sembuh harian tertinggi, iaitu 1,023 diikuti Jakarta 975, Jawa Tengah 276, Riau 268, Jawa Timur 255 dan Kalimantan Timur 204.

Di FILIPINA pula, sebanyak 1,530 kes baharu Covid-19 direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 407,838 dengan kes aktif 25,677.

Menurut Jabatan Kesihatan, 41 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatif 7,832 kematian.

Sebanyak 11,290 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 374,329 atau 91.8 peratus daripada keseluruhan kes.

THAILAND pula merekodkan lapan kes baharu, kesemuanya kes import yang menjadikan jumlah kumulatif 3,874 kes.

Kes import itu adalah melibatkan empat warga Thailand, tiga rakyat India dan seorang dari Mesir

Kes pertama warga Thai pulang dari Belgium, seorang dari Emiriyah Arab Bersatu, ketiga dari Mesir melalui Dubai dan seorang lagi dari Switzerland.

Tiga sekeluarga dari india iaitu dua lelaki dan seorang wanita tiba di Thailand pada 7 November dan seorang largi rakyat Mesir yang tiba melalui Dubai 5 November.

SINGAPURA melaporkan tiga kes baharu setakat tengah hari 15 November tanpa kes jangkitan tempatan, lima hari berturut-turut

Jumlah terkumpul kes Covid-19 di Singapura kini sebanyak 58,119 manakala kematian kekal 28.

Kesemua tiga kes import itu tidak menunjukkan gejala dan dikenakan notis Jangan Keluar Rumah sebaik tiba di Singapura.

Dua daripada mereka adalah penduduk tetap Singapura yang pulang dari India, iaitu seorang wanita 18 tahun dan lelaki 61 tahun.

Kes ketiga melibatkan pemegang pas jangka pendek, seorang jurutera yang tiba dari Itali bagi satu projek.

Kes pulih pula melibatkan 10 pesakit menjadikan 58,029 kes.

Related posts

Leave a Comment