3 kluster baharu Sabah, Johor

PUTRAJAYA 15 Nov. – Tiga lagi kluster baharu Covid-19 dikesan iaitu dua di Sabah dan satu di Johor, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster tersebut adalah Kluster Plaza, Kota Kinabalu dan Kluster Jalan Kalabakan di daerah Tawau dan Kluster Jeri. melibatkan Kota Tinggi, Mersing dan Muar di Johor.

KLUSTER PLAZA

Melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42299) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran Mara, Kota Kinabalu.

Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 11 lagi kes positif. Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana:

• 12 kes dikesan positif Covid-19 (11 kes baharu)

• Tujuh individu dikesan negatif

KLUSTER JALAN KALABAKAN

Melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-31309) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 21 lagi kes positif Covid- 19.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana kesemua 22 kes telah dikesan positif Covid-19 (tiga kes baharu).

KLUSTER JERI

Melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing, dan Muar di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Singapura pada 6 November 2020.

Saringan kontak rapat di Malaysia telah mengesan sebanyak 26 kes positif Covid-19 dan kes-kes ini telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,170 individu telah disaring, di mana:

• 26 kes dikesan positif Covid-19 (3 kes baharu)

• 535 individu dikesan negatif

• 609 individu masih menunggu keputusan

Related posts

Leave a Comment