305 kes baharu di Saudi

RIYADH 15 Nov. – Arab Saudi merekodkan 305 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, pada Ahad iaitu jumlah yang lebih rendah berbanding 349 kes semalam dan 441 pada hari Jumaat. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 353,255 kes dengan kes aktif 7,294 di mana 810 kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, 16 lagi kematian direkodkan yang membawa jumlah kumulatif pesakit meninggal dunia sebanyak 5,657. Sebanyak 357 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah pulih sebanyak 340,304 kes. Riyadh merekodkan 57 kes diikuti Yanbu 47, Madinah 23 manakala Jeddah dan  Makkah masing-masing…

Read More

Indonesia mendahului rakan

JAKARTA 15 Nov. – Indonesia terus mendahului negara anggota ASEAN lain dengan merekodkan 467,113 kes berbanding ‘pesaing’ terdekat Filipina yang mencatatkan 407,838 kes. Sebanyak 4,106 kes baharu Covid-19 direkodkan Indonesia hari ini menjadikan kumulatifnya meningkat kepada 467,113 kes dengan kes aktif 59,911. Provinsi Jakarta merekodkan 1.165 kes dan kumulatifnya yang tertinggi sebanyak 118.627 kes diikuti Jawa Tengah 1.071 kes dan kumulatifnya mencapai 43.443 kes. Jawa Barat mencatatkan 309 kes, Jawa Timur 217 dan Sumatera Barat 213. Bagi kes kematian pula, 63 pesakit yang meninggal dunia hari ini menjadikan kumulatifnya 15,211…

Read More

Kes lebih rendah di Sabah

KOTA KINABALU 15 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengesahkan jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 381 kes dengan kumulatif sebanyak 23,095 kes. Daripada 381 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 129 kes (33.86%) adalah dari daerah Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 252 kes adalah dari lain-lain kategori. Tiga kematian dicatatkan iaitu dua di daerah Sandakan dan satu di Semporna sementara 566 pesakit Covid-19 sembuh. Seramai 2,404 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital dan 1,719…

Read More

3 kluster baharu Sabah, Johor

PUTRAJAYA 15 Nov. – Tiga lagi kluster baharu Covid-19 dikesan iaitu dua di Sabah dan satu di Johor, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Kluster tersebut adalah Kluster Plaza, Kota Kinabalu dan Kluster Jalan Kalabakan di daerah Tawau dan Kluster Jeri. melibatkan Kota Tinggi, Mersing dan Muar di Johor. KLUSTER PLAZA Melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42299) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah,…

Read More

Kepong catat kes tinggi

PUTRAJAYA 15 Nov. – Kepong mencatatkan 339 kes daripada 475 kes yang direkodkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Ini diikuti Cheras 121 kes, Titiwangsa empat dan Lembah Pantai tiga kes. Sebanyak 462 kes dikesan dalam kluster sedia ada termasuk Kluster Tapak Bina Damanlela (460). Putrajaya pula mencatatkan satu kes baharu dan jumlah keseluruhan di Kuala Lumpur dan Putrajaya kini sebanyak 932 kes. Sementara itu, Selangor melaporkan 185 kes baharu di mana 132 daripadanya daripada kluster sedia ada. Klang mencatatkan 100 kes, menjadikan jumlah positif di daerah tersebut meningkat kepada…

Read More

Kuala Lumpur atasi kes Sabah

PUTRAJAYA 15 Nov. – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 469 kes dalam tempoh 24 jam sekaligus mengatasi Sabah yang merekodkan 381 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah Daripada 469 kes, sebanyak 462 merupakan kes daripada kluster-kluster sedia ada manakala Selangor mencatatkan 185 kes.dan Putrajaya satu jes Negeri Sembilan pula merekodkan 48 kes. Dengan perkembangan inj, negeri dan wilayah persekutuan di Lembah Klang menyumbang kes positif tertinggi iaitu 661 kes. Sementara itu Perlis dan Kelantan mencatatkan satu kes manakala tiada kes di Pahang dan Terengganu.

Read More

Parlimen : Kritik bersasar, guna fakta bukan auta

  MESYUARAT Dewan Rakyat disambung semula pada Isnin, 16 November. Apa pula yang akan berlaku sepanjang empat hari mendatang ini? Siapa dan berapa orang pula wakil rakyat yang akan ‘digantung’ atau diminta keluar Dewan? Siapa pula yang akan berbahas dan siapa pula yang akan dikritik seperti dapat disaksikan minggu lepas? Masih ramai yang menunggu giliran mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021. Manfaatkan masa perbahasan bagi kepentingan rakyat. Kritikan biar bersasar bukannya melencong ke sana ke sini yang hanya buang masa rakyat yang mengikuti dengan penuh minat. Kritikan biar ada jalan…

Read More

1,208 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 15 Nov. – Sebanyak 1,208 jangkitan baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara meningkat kepada 47,417 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau memberitahu, daripada 1,208 kes baharu pada hari ini, Kuala Lumpur melaporkan enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.  Kesemua kes import tersebut melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara Indonesia, Bangladesh dan Nepal (masing-masing satu kes) dan India sebanyak tiga kes,. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 12,323 kes. Beliau berkata jumlah…

Read More

MP Bintulu mohon maaf

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing hari ini memohon maaf atas keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini. King Sing yang juga Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China itu berkata, beliau tidak berniat dan terdetik untuk menafikan amalan mulia semua barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, para doktor dan jururawat. Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar selain kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021. “Langsung…

Read More

Semua orang boleh berniaga

“BUKAN semua tempat boleh pacak gerai”. Itu ingatan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berhubung inisiatif Wilayah Bebas Berniaga (WBB) mulai hari ini 15 November di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Peringatan mesra itu amat penting kerana dibimbangi ada orang ramai ‘memacak gerai ikut suka’ disebabkan ‘bebas berniaga’. Apatah lagi ada juga wakil rakyat yang tidak faham atau pura-pura tidak faham mengenai inisiatif WBB itu sehingga di Jalan Parlimen pun disebutnya sebagai lokasi boleh berniaga atau buka gerai jual nasi lemak. Inisiatif WBB ini perlu dimanfaatkan khususnya mereka yang hilang punca…

Read More