Kerap ke Sabah kerap kuarantin

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Bayangkan jika Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah perlu kerap turun ke Sabah. Berapa lama beliau terpaksa bekerja dari rumah sejurus pulang dari negeri itu kerana perlu menjalani kuarantin.

Hal ini sedang dilalui timbalannya Dr Chong Chee Keong yang turut turun padang melihat sendiri perkhidmatan kesihatan awam baru-baru ini dan masih menjalani tempoh kuarantin 14 hari sejurus kembali dari negeri Sabah.

Justeru, perkara ini perlu diambil kira sebelum mana-mana pihak membuat tuduhan tidak berasas terhadap ketua pengarah berkenaan.

Semalam, 14 November, Dr. Noor Hisham yang ‘diserang takut mati’ oleh Ahli Parlimen Bintulu pada Rabu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, berkongsi semula muat naik lawatan beliau serta timbalannya, Dr Chong Chee Keong ke negeri Sabah.

Menerusi laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, beliau turun ke padang untuk melihat kesiapsiagaan pasukannya di lapangan pada Ogos lalu.

“Saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan makmal kesihatan awam Kota Kinabalu yang telah dipertingkatkan keupayaan makmal melaksanakan ujian RT-PCR kepada 2,500 ujian seharian.

“Saya juga sempat melibat urus dengan warga makmal dan petugas kesihatan di lapangan untuk memdengar sendiri segala isu dan cabaran terkini,” katanya.

Di samping itu, Dr Noor Hisham berkata, beliau turut melaksanakan libat urus dengan semua ketua jabatan dan pakar perubatan dan kesihatan awam di Sabah secara sidang video.

“Timbalan saya, Datuk Dr Chong Chee Keong turut turun padang melihat sendiri perkhidmatan kesihatan awam baru-baru ini.

“Beliau masih menjalani tempoh kuarantin 14 hari sejurus kembali dari negeri Sabah.

“Insya-Allah kita menggalas tanggungjawab bersama memutuskan rantaian uimpulan jangkitan Covid-19 dalam negara,” katanya.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 11 November lalu, King Sing mengatakan Dr Noor Hisham ‘takut mati’ dan mempersoal mengapa beliau tidak turun padang selain hanya membuat sidang media setiap hari.

Related posts

Leave a Comment