53.8 juta kes,1.3 juta kematian

KETIKA dunia menghitung hari untuk mendapatkan bekalan vaksin tahun depan, kes jangkitan global Covid-19 terus meningkat dengan merekodkan 53.8 juta kes dan 1.3 juta kematian.

Data Johns Hopkins University menunjukkan sehingga pukul 8.30 pagi ini (waktu Malaysia), daripada 53,835,175 kes, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 10,884,591.

AS juga merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu 245,568 orang daripada 1,309,713 kematian global.

India pula merekodkan 8,773,479 kes jangkitan diikuti Brazil 5,848,959, Perancis 1,915,713, Rusia 1,887,836, Sepanyol

1,458,591, United Kingdom 1,347,907, Argentina 1,304,846, Colombia 1,191,634 dan Itali 1,144,552.

Mexico dan Peru menghampiri satu juta kes dengan masing-masing merekodkan 997,393 dan 932,650 sementara Jerman merekodkan 788,899, Iran 749,525 dan Afrika Selatan 749,182.

Lima buah negara merekodkan lebih setengah juta kes iaitu Poland  691,118, Ukraine 540,593, Chile 529,676, Belgium 525,012 dan Iraq 516,915.

Dua negara anggota ASEAN, iaitu Indonesia dan Filipina berada dalam kumpulan 400,000 kes dengan masing-masing mencatatkan 463,007 kes, dan 406,337.

Czechia merekodkan 456,117, Netherlands 449,501, Bangladesh 430,496, dan Turki 411,055 sementara Pakistan 354,461, Romania 353,185, Arab Saudi 352,950 dan Israel 323,339.

Sebanyak lima negara merekodkan lebih 200,000 kes dan 22 negara melebihi 100,000 kes.

Sementara itu bagi kes kematian, Brazil merekodkan 165,658 kes, India 129,188, Mexico 97,624, United Kingdom 51,858, itali 44,683, Perancis 42,600, Iran 41,034, Sepanyol 40,769.

Argentina merekodkan 35,307, Peru 35,106, Colombia 33,829, Rusia 32,536 , Afrika Selatan 20,206, Indonesia 15,148, Chile 14,777 dan Belgium 14,106.

Ecuador merekodkan 12,997 kematian, Jerman 12,453, Iraq 11,623, Turki 11,418, Kanada 10,947 dan Poland 10,045. 

Sementara itu kes pulih global pula mencatatkan 34,669,996 dan India mendahului dengan 8,163,572 diikuti Brazil 5,279,452, dan AS 4,148,444, Rusia 1,415,213, Argentina 1,119,366 dan Colombia 1,097,576.

Related posts

Leave a Comment