305 kes baharu di Saudi

RIYADH 15 Nov. – Arab Saudi merekodkan 305 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, pada Ahad iaitu jumlah yang lebih rendah berbanding 349 kes semalam dan 441 pada hari Jumaat.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 353,255 kes dengan kes aktif 7,294 di mana 810 kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan, 16 lagi kematian direkodkan yang membawa jumlah kumulatif pesakit meninggal dunia sebanyak 5,657.

Sebanyak 357 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah pulih sebanyak 340,304 kes.

Riyadh merekodkan 57 kes diikuti Yanbu 47, Madinah 23 manakala Jeddah dan  Makkah masing-masing 12 kes.

Related posts

Leave a Comment