Kadar kebolehjangkitan turun 0.88

PUTRAJAYA 31 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 0.88 berbanding 0.89 kelmarin.

Selangor kekal satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.0 iaitu

1.04 berbanding 1.05 kelmarin diikuti Perak 0.91 berbanding 0.92 kelmarin diikuti Melaka dan Sarawak masing-masing 0.88.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kadar 0.87, Negeri Sembilan 0.82,

dan Pulau Pinang 0.80.

Pahang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing merekodkan 0.79, Wilayah Persekutuan Labuan 0.78, Terengganu 0.77, Perlis 0.75 manakala Kedah dan Johor masing-masing 0.74.

Dua lagi negeri iaitu Kelantan merekodkan 0.68 dan Sabah pula mencatatkan 0.67.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment