KL ‘wilayah bebas berniaga‘

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Mulai Ahad 15 November ini, Kuala Lumpur akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’ yang memberi peluang kepada sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa. Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkata mereka boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya. Bagaimanapun peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam…

Read More

408,000 jalani ibadah umrah

MAKKAH: Sejumlah 408,000 jemaah menjalani ibadah umrah sejak fasa pertama pembukaan semula ibadah itu bermula  pada 4 Oktober lalu. Pada masa yang sama 920,000 jemaah dibenarkan memasuki Masjidilharam di bawah fasa kedua sejak ibadah umrah dan solat di masjid ditutup Mac lalu, akibat pandemik Covid-19. Proses keluar masuk ke Masjidilharam dijalankan mengikut protokol mengekang penularan Covid-19. Pihak berkuasa Saudi sentiasa memantau semua aspek pengurusan para jemaah dan bertindak segera bagi memastikan pergerakan lancar para jemaah sama ada  menjalankan ibadah umrah atau solat. Ini termasuk membimbing para jemaah ketika bertawaf dan…

Read More

Indonesia catat 3,779 kes

JAKARTA 10 Nov. – Sebanyak 3,779 lagi kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di Indonesia hari ini menjadikan kumulatifnya mencapai 444.348 kes dengan 53.846 kes aktif. Kes jangkitan tertinggi dilaporkan di daerah Jakarta dengan 1,013 dan kumulatifnya 113.756 diikuti Jawa Barat 748 dan Jawa Tengah 680, Jawa Timur merekodkan 272 kes, Riau 151, Kalimantan Timur 123 dan Sumatera Barat 112 kes. Sebanyak 72 pesakit meninggal dunia dan menjadikan kumulatif 14,761 dengan Jawa Timur mencatatkan 20 kes, Jawa Tengah 15, Jakarta 13 dan Jawa Barat lima. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 3,475 pesakit…

Read More

471 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 10 Nov. – Selepas dua hari merekodkan jumlah kes kurang 400, hari ini Arab Saudi merekodkan 471 kes berbanding 392 semalam dan 363 kes pada Ahad. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 351,455 dengan 7,598 kes aktif di mana 794 kritikal. Jumlah kematian pula sebanyak 17 kes berbanding 19 semalam yang membawa kumulatif 5,576 kes. Sebanyak 493 pesakit pulih yang menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 338,281 kes atau 96.25 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sementara itu Madinah mencatatkan kes harian tertinggi iaitu…

Read More

Sabah catat 397 kes baharu

KOTA KINABALU 10 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini merekodkan 397 kes  baharu Covid-19 dengan Jumlah kumulatif sebanyak 21,189 kes. Enam kematian dicatatkan iaitu dua di daerah Sandakan, dua di Semporna dan masing-masing satu di Kota Kinabalu dan Telupid. Seramai 356 pesakit Covid-19 sembuh manakala 2,903 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 744 orang di hospital dan 2,159  di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 67 orang dan 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daerah Kota Marudu berubah dari zon merah ke zon jingga, Ranau dari zon kuning…

Read More

236 kes baharu di Selangor

SELANGOR merekodkan 236 kes baharu termasuk satu kes import. Klang merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 109 kes menjadikan jumlah  keseluruhan kes positif di daerah itu 589. Hulu Langat merekodkan 58 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 604. Sepang mencatatkan 26 kes, Petaling 18, Kuala Langat 10, Gombak lapan, Kuala Selangor empat Hulu Selangor dan Sabak Bernam tidak merekodkan sebarang kes. Secara keseluruhan, Selangor mencatatkan 2,220 kes positif. Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan 19 kes baharu. Kepong mencatatkan lapan kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di daerah itu 70 kes.…

Read More

869 kes baharu, 6 kematian

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Sebanyak 869 kes baharu Covid-19 dan enam kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, sekali gus mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 42,050 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata,mdalam tempoh tersebut, sebanyak 725 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya  30,304 kes atau 72.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sabah terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 397 kes diikuti Selangor (235), dan Negeri Sembilan (141). Beliau berkata kesemua kes baharu ini merupakan kes penularan dalam negara kecuali hanya satu kes import iaitu di Selangor melibatkan bukan warganegara yang tiba dari Nepal. Dr Noor Hisham berkata pertambahan enam kematian…

Read More