471 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 10 Nov. – Selepas dua hari merekodkan jumlah kes kurang 400, hari ini Arab Saudi merekodkan 471 kes berbanding 392 semalam dan 363 kes pada Ahad.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 351,455 dengan 7,598 kes aktif di mana 794 kritikal.

Jumlah kematian pula sebanyak 17 kes berbanding 19 semalam yang membawa kumulatif 5,576 kes.

Sebanyak 493 pesakit pulih yang menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 338,281 kes atau 96.25 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu Madinah mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 66 berbanding semalam 59 diikuti Riyadh 60 bertambah enam kes, Makkah 36, tambahan empat kes berbanding semalam.

Related posts

Leave a Comment