SELANGOR merekodkan 236 kes baharu termasuk satu kes import. Klang merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 109 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di daerah itu 589.
Hulu Langat merekodkan 58 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 604. Sepang mencatatkan 26 kes, Petaling 18, Kuala Langat 10, Gombak lapan, Kuala Selangor empat
Hulu Selangor dan Sabak Bernam tidak merekodkan sebarang kes.
Secara keseluruhan, Selangor mencatatkan 2,220 kes positif.
Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan 19 kes baharu.
Kepong mencatatkan lapan kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di daerah itu 70 kes.
Lembah Pantai dan Cheras masing-masing merekodkan empat kes manakala Titiwangsa tiga kes.
Putrajaya merekodkan tiga kes baharu.
Jumlah kes positif di Kuala Lumpur dan Putrajaya; 252.