Sabah catat 397 kes baharu

KOTA KINABALU 10 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini merekodkan 397 kes  baharu Covid-19 dengan Jumlah kumulatif sebanyak 21,189 kes.

Enam kematian dicatatkan iaitu dua di daerah Sandakan, dua di Semporna dan masing-masing satu di Kota Kinabalu dan Telupid.

Seramai 356 pesakit Covid-19 sembuh manakala 2,903 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 744 orang di hospital dan 2,159  di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 67 orang dan 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Marudu berubah dari zon merah ke zon jingga, Ranau dari zon kuning ke zon jingga manakala Kinabatangan dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, terdapat tiga kluster baharu iaitu Kluster GK Tawau di Daerah Tawau sebanyak 49 kes; Kluster Liawan di Daerah Keningau sebanyak 24 kes; dan

Kluster Tatahan di Daerah Kota Kinabalu sebanyak 18 kes.

Daripada 397 kes positif hari ini, sebanyak 150 kes (37.78%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 247 kes adalah dari lain-lain kategori.

Daerah Semporna dan Kunak tidak mencatatkan kes pada hari ini disebabkan keputusan sampel bagi kedua-dua daerah tersebut belum diperoleh dan akan diketahui dalam tempoh 72 jam.

Related posts

Leave a Comment