Indonesia catat 3,779 kes

JAKARTA 10 Nov. – Sebanyak 3,779 lagi kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di Indonesia hari ini menjadikan kumulatifnya mencapai 444.348 kes dengan 53.846 kes aktif.

Kes jangkitan tertinggi dilaporkan di daerah Jakarta dengan 1,013 dan kumulatifnya 113.756 diikuti Jawa Barat 748 dan Jawa Tengah 680,

Jawa Timur merekodkan 272 kes, Riau 151, Kalimantan Timur 123 dan Sumatera Barat 112 kes.

Sebanyak 72 pesakit meninggal dunia dan menjadikan kumulatif 14,761 dengan

Jawa Timur mencatatkan 20 kes, Jawa Tengah 15, Jakarta 13 dan Jawa Barat lima.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 3,475 pesakit dilaporkan pulih yang membawa jumlah kesembuhan kumulatif 375.741 orang.

Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 1,253, Jawa Barat 905, Jawa Timur 301, Jawa Tengah 232, Sumatera Barat 190 dan Kalimantan Timur 144.

Related posts

Leave a Comment