869 kes baharu, 6 kematian

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Sebanyak 869 kes baharu Covid-19 dan enam kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, sekali gus mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 42,050 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata,mdalam tempoh tersebut, sebanyak 725 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya  30,304 kes atau 72.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sabah terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 397 kes diikuti Selangor (235), dan Negeri Sembilan (141).

Beliau berkata kesemua kes baharu ini merupakan kes penularan dalam negara kecuali hanya satu kes import iaitu di Selangor melibatkan bukan warganegara yang tiba dari Nepal.

Dr Noor Hisham berkata pertambahan enam kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kematian 300 kes.

Kesemua kes kematian terbaru itu direkodkan di Sabah melibatkan empat lelaki warganegara, seorang wanita warganegara dan seorang lagi wanita bukan warganegara.

Menurutnya sehingga kini terdapat 82 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment