Trump enggan jawab soalan

BIASANYA Presiden Donald Trump bersedia menjawab soalan wartawan semasa sidang medianya tetapi lewat petang ini (sekitar 7.30 pagi waktu Malaysia), beliau bergegas meninggalkan majlis itu yang berlangsung di White House.

Selepas membaca kenyataan media dan mengucapkan terima kasih, beliau terus meninggalkan wartawan (sekitar 8.05 pagi) dan suasana agak riuh apabila kedengaran para wartawan mahu penjelasan atau bertanyakan soalan.

Trump yang enggan mengaku kalah dalam persaingan pilihan raya Presiden sekali lagi mengulangi dakwaan ‘ditipu’ dalam pilihan raya itu dengan mendakwa berlaku penyelewengan undi.

Menurut Trump, beliau akan memfailkan usul mencabar pengiraan undi di negeri-negeri yang dimenangi parti Demokrat.

“Jika anda mengira undi sah, saya sudah menang. Jika anda mengira undi tidak sah, mereka cuba mencuri pilihan raya ini daripada kami. Jika anda mengira undi yang tiba lewat, kami sedang meneliti perkara tersebut,” katanya..

Pemimpin Republikan itu membuat kenyataan tersebut tatkala kiraan undi masih berlangsung di beberapa negeri utama.

Bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh mengenai penipuan yang didakwanya itu dan enggan menjawab soalan daripada pemberita yang hadir.

Trump turut mengecam sistem pos pilihan raya walaupun beliau juga membuang undi menerusi undi pos di Florida.

Related posts

Leave a Comment