Barisan Kabinet New Zealand

KABINET baharu Perdana Menteri New Zealand mengangkat sumpah hari ini,  Jumaat diikuti dengan mesyuarat pertama untuk penggal kedua pemerintahan Jacinda Ardern itu.

Ketua Gabenor New Zealand Patsy Reddy menyaksikan angkat sumpah 20 anggota Kabinet Adern dari Parti Buruh itu.

Parti Buruh mencatat kemenangan bersejarah bulan lalu apabila memenangi 64 kerusi, kali pertama sejak 1990-an ketika satu parti dapat membentuk kerajaan sendiri.

Kabinet Ardern mempunyai lapan menteri wanita, termasuk Nanaia Mahuta – wanita pribumi pertama sebagai Menteri Luar New Zealand.

Di parlimen yang dianggotai 120 wakil, sebuah parti itu memerlukan 60 kerusi bagi membentuk pemerintahan sendiri.

Arden yang sebelum mengadakan sidang akhbar turut mengumumkan, parlimen New Zealand akan memulakan persidangan pada 25 November, diikuti dengan majlis pembukaan rasmi sidang parlimen sehari kemudian.

Minggu lalu, Parti Buruh menandatangani perjanjian baharu dengan Parti Hijau untuk “bekerjasama bagi mencapai kemajuan dalam bidang penting seperti perubahan iklim, alam sekitar dan masalah kesejahteraan kanak-kanak dan masyarakat dalam tiga tahun akan datang.”

Related posts

Leave a Comment