Tiada cadangan PN lantik TPM

MARANG 8 Julai – Tiada cadangan melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Justeru Pas berpegang kepada keputusan awal penubuhan kerajaan pimpinan PN iaitu tiada pelantikan jawatanTPM dilakukan.

“Semua menteri Kabinet sudah melaksanakan tugas diamanahkan dengan baik dan tidak perlu ada pelantikan TPM,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan mengenai pelantikan jawatan TPM ada dilakukan, namun tiada sebarang keputusan kerana kerajaan memberi keutamaan untuk menguruskan masalah dihadapi rakyat yang masih terkesan susulan peningkatan harga barangan.

“Pendirian Pas adalah kekal, iaitu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan tiada pelantikan jawatan TPM,” kata Ahli Parlimen Marang itu kepada pemberita selepas selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata sudah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk pelantikan jawatan TPM.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dipetik berkata, pertemuan itu diadakan supaya perjanjian PN dengan Ismail Sabri, termasuk berkaitan pelantikan TPM, dapat dipertimbangkan.

Related posts

Leave a Comment