Warisan tanding Batu Sapi

KOTA KINABALU 6 Nov. – Selepas beberapa parti politik menyatakan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Parti Warisan Sabah (Warisan) mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi itu. Naib Presiden Warisan, Jaujan Sambakong berkata, calon pilihan sudah ada dan perkara itu akan diumumkan presiden parti, Mohd Shafie Apdal sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 23 November ini. “Kita tunggu keputusan pimpinan tertinggi.. Kita ada parti komponen lain dalam Warisan Plus untuk kita bincang dan kenyataan mengenainya akan dibuat Presiden Warisan sebelum penamaan calon,” katanya. PRK itu bagi…

Read More

Angka ‘gerun’ jadi motivasi

KOTA KINABALU 6 Nov. – Angka yang menggerunkan. Itu gambaran oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun apabila kes positif Covid-19 yang dicatatkan di negeri itu hari inj sebanyak 1,199 kes. Bagaimanapun katanya,  ia perlu dilihat dari sudut positif serta fakta kes. Pertama peningkatan kes adalah disebabkan hasil ujian saringan melibatkan beberapa kluster seperti Kluster Rumah Merah dan Kluster Penjara yang telah pun diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan tidak melibatkan kawasan awam. Kedua, angka yang tinggi ini harus menjadi motivasi kepada masyarakat khususnya di…

Read More

436 kes, 17 kematian di Saudi

RIYADH 6 Nov. – Arab Saudi merekodkan 436 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam Yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak 349,822 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kematian setakat ini 5,506 orang. Kes pesakit pulih pula meningkat kepada 336,533 orang atau 96.20 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini 465 pesakit dilaporkan sembuh. Kes aktif pula 7,783 di mana 736 adalah kritikal. Sementara itu, Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 69 diikuti Madinah 68 Makkah 32.dan Jeddah 11 kes.

Read More

Indonesia, Filipina tambah kes

JAKARTA 6 Nov. – Indonesia merekodkan 3,778 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini,  lebih rendah berbanding 4,065 kes yang dilaporkan semalam. Bagaimanapun jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat iaitu 94 kes berbanding semalam mencatatkan 89 kematian . Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Indonesia setakat ini adalah 429,574 dengan 14,442 kematian serta 54,427 kes aktif. Menurut data Kementerian Kesihatan, Provinsi Jakarta merekodkan kes harian tertinggi iaitu 672 diikuti Jawa Tengah  613, Jawa Barat 587, Jawa Timur 289 dan Sumatera Barat 235 . Bagi kes kematian, daripada 94 kes,…

Read More

Tiga lagi kluster baharu

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Tiga lagi kluster baharu dilaporkn masing-masing satu di Sabah dan Perak serta Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  di Sabah iaitu Kluster Mampulut melibatkan daerah Keningau dengan kes indeks (ke-32,154). Kes dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober dan individu itu dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Kompleks Sukan Keningau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 27 lagi kes positif dan sehingga hari ini, seramai 32 individu disaring dengan 28 kes positif termasuk 12 kes baharu hari ini manakala 181…

Read More

164 kes di Selangor, KL 18

PUTRAJAYA 6 Nov. – Selangor melaporkan 164 kes baharu termasuk satu kes pulang dari kawasan berisiko tinggi. Sebanyak 107 kes adalah daripada kluster sedia ada, empat daripada kluster Fores (baharu), 28 kes daripada saringan kontak rapat dan baki 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Hulu Selangor dan Sabak Bernam tidak mencatatkan sebarang kes manakala Klang merekodkan 57 kes, Hulu Langat 48, Petaling 18, Gombak 15, Kuala Langat 11, Sepang 10, Huku Sekangor dan Sabak Bernam Kuala Selangor telah bertukar ke zon jingga apabila mencatatkan pertambahan empat lagi kes baharu. Sementara…

Read More

1,755 kes, 2 kematian

PUTRAJAYA 6 Nov. – Kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan empat digit dalam tempoh 24 jam dengan merekodkan 1,755 kes. Dengan jangkitan harian tertinggi setakat ini sejak pandemik itu melanda negara jumlah kumulatif terikini adalah 38,189 kes manakala kes aktif 11,530. Daripada jumlah berkenaan, 1,752 merupakan kes penularan tempatan manakala tiga kes import. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), kes jangkitan baharu harian tertinggi direkodkan di Sabah dengan 1,199 kes manakala Pulau Pinang 192 kes. Selangor pula, mencatatkan angka tiga digit dengan rekod 164 kes baharu dan 59 kes di Labuan. Sebanyak…

Read More

Belanjawan 2021 RM322.5b

KUALA LUMPUR 6 Nov  —  Belanjawan 2021 menyediakan peruntukan mencecah RM322.5 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah negara,  bagi melindungi rakyat dan menyokong petugas barisan hadapan ke arah memperkukuh pemulihan negara berikutan penularan pandemik Covid-19. Belanjawan 2021 di bawah pimpinan kerajaan Perikatan Nasional yang bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama”., menyediakan lebih banyak bantuan berkaitan penjagaan kesihatan, insentif dan peruntukan untuk peralatan. Dalam sektor perniagaan sama ada kecil, sederhana atau besar turut tidak ketinggalan. Potensi ekonomi gig dan keperluan untuk menyediakan platform bersesuaian dari segi pendidikan, pembiayaan dan jaringan keselamatan turut dipertimbangkan. Disifatkan sebagai belanjawan…

Read More

Akaun 1 KWSP hanya RM6,000

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Pengeluaran caruman dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) dihadkan RM6,000 atau RM500 sebulan selama 12 bulan, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 yang dibuka permohonannya mulai Januari 2021, akan melibatkan RM4 bilion. Adalah dianggarkan, 600,000 ahli KWSP akan mendapat manfaat berikutan pengeluaran itu yang bertujuan membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan. KWSP pada April memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000. Skim…

Read More