Indonesia, Filipina tambah kes

JAKARTA 6 Nov. – Indonesia merekodkan 3,778 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini,  lebih rendah berbanding 4,065 kes yang dilaporkan semalam.

Bagaimanapun jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat iaitu 94 kes berbanding semalam mencatatkan 89 kematian .

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Indonesia setakat ini adalah 429,574 dengan 14,442 kematian serta 54,427 kes aktif.

Menurut data Kementerian Kesihatan, Provinsi Jakarta merekodkan kes harian tertinggi iaitu 672 diikuti Jawa Tengah  613, Jawa Barat 587, Jawa Timur 289 dan Sumatera Barat 235 .

Bagi kes kematian, daripada 94 kes, Jakarta merekodkan jumlah tertinggi harian iaitu 18 kes diikuti Jawa Timur 17 dan Jawa Tengah 12 kematian.

Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 3,563 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan kesembuhan kumulatif sebanyak 360.705 orang.

Jakarta menyumbang kes sembuh harian tertinggi iaitu 1.024 kes diikuti Jawa Barat 451, Jawa Tengah 293, Sumatera Barat 290, Jawa Timur 270 dan Riau 207 kes.

Sementara itu di FILIPINA, Jabatan Kesihatan merekodkan 2,092 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 391,809 kes dengan kes aktif 34,374.

Sebanyak 52 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 7,461 kematian.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 462 pesakit dilaporkan pulih dan ini menyumbang kepada pertambahan kes sembuh iaitu  349,974.

Related posts

Leave a Comment