436 kes, 17 kematian di Saudi

RIYADH 6 Nov. – Arab Saudi merekodkan 436 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam Yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak 349,822 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kematian setakat ini 5,506 orang.

Kes pesakit pulih pula meningkat kepada 336,533 orang atau 96.20 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini 465 pesakit dilaporkan sembuh.

Kes aktif pula 7,783 di mana 736 adalah kritikal.

Sementara itu, Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 69 diikuti Madinah 68 Makkah 32.dan Jeddah 11 kes.

Related posts

Leave a Comment