Belanjawan 2021 RM322.5b

KUALA LUMPUR 6 Nov  —  Belanjawan 2021 menyediakan peruntukan mencecah RM322.5 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah negara,  bagi melindungi rakyat dan menyokong petugas barisan hadapan ke arah memperkukuh pemulihan negara berikutan penularan pandemik Covid-19.

Belanjawan 2021 di bawah pimpinan kerajaan Perikatan Nasional yang bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama”., menyediakan lebih banyak bantuan berkaitan penjagaan kesihatan, insentif dan peruntukan untuk peralatan.

Dalam sektor perniagaan sama ada kecil, sederhana atau besar turut tidak ketinggalan. Potensi ekonomi gig dan keperluan untuk menyediakan platform bersesuaian dari segi pendidikan, pembiayaan dan jaringan keselamatan turut dipertimbangkan.

Disifatkan sebagai belanjawan yang inklusif untuk semua, Belanjawan itu turut memberikan pelepasan cukai untuk individu meningkatkan kuasa membeli, memperkasakan keusahawanan wanita, orang kurang upaya, golongan rentan dan komuniti orang Asli menjadikan belanjawan yang dibentangkan oleh

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan itu, beliau berkata, kerajaan telah meletakkan keutamaan melindungi rakyat melebihi segala perkara lain.

Tahun lepas, Belanjawan 2020 menyaksikan peruntukan berjumlah RM314.7 bilion, jumlah yang telah disemak semula daripada anggaran peruntukan awal RM297 bilion, yang diperoleh daripada suntikan rangsangan fiskal.

Belanjawan 2021 dipandu oleh lima strategi iaitu pandemik COVID-19 dan kesihatan awam, memelihara kebajikan golongan rentan, memperkasa peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan masyarakat sivil, menjamin kelestarian sumber dan perkhidmatan awam.

Daripada jumlah peruntukan dalam Belanjawan 2021 itu, RM236.5 bilion (73.3 peratus) akan disalurkan kepada perbelanjaan operasi, RM69 billion atau 21.4 peratus kepada perbelanjaan pembangunan dan RM17 billion (5.3 peratus) kepada Kumpulan Wang Covid-19.

Related posts

Leave a Comment