Naib Presiden Warisan, Jaujan Sambakong berkata, calon pilihan sudah ada dan perkara itu akan diumumkan presiden parti, Mohd Shafie Apdal sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 23 November ini.
“Kita tunggu keputusan pimpinan tertinggi.. Kita ada parti komponen lain dalam Warisan Plus untuk kita bincang dan kenyataan mengenainya akan dibuat Presiden Warisan sebelum penamaan calon,” katanya.
PRK itu bagi mengisi kekosongan kerusi Warisan selepas wakil rakyatnya, Liew Vui Keong meninggal dunia.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Cinta Sabah (PCS) mengumumkan tidak akan bertanding pada PRK itu bagi menangani pandemik Covid-19.
BN pernah menguasai kerusi Parlimen itu.
Pada PRU 2018, Warisan menang dengan majoriti 12976 undi mengalahkan calon-calon PBS, Linda Tsen, calon Pas, Norsah Bongsu dan calon Amanah, Hamza Abdullah.