RM3 bilion untuk vaksin

KUALA LUMPUR 4 Nov  – Sebanyak RM3 bilion diperlukan tahun hadapan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat kemudahan bekalan vaksin Covid-19, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya telah maklumkan kepada menteri kewangan yang sekurang-kurangnya kita perlu imunisasi 70 peratus daripada rakyat Malaysia dan saya minta RM3 bilion untuk disediakan tahun depan,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor).

Menjawab soalan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) berhubung jaminan kecukupan bekalan vaksin, Khairy berkata beberapa rundingan telah dan sedang dimuktamadkan dengan pembangun vaksin di seluruh dunia termasuk bersama kerajaan China.

Beliau turut mengulangi kenyataannya bahawa bekalan vaksin awal dijangka diperoleh pada suku pertama 2021 dengan wajaran pertama untuk tiga peratus populasi negara yang terdiri daripada petugas barisan hadapan.

Khairy berkata akses vaksin kepada masyarakat di luar bandar dan pedalaman yang tidak berkemampuan juga akan diperhalusi sejajar dengan Covid-19 ini sebagai  keperluan asas awam.

Menjawab soalan tambahan Zakaria Edris (Bersatu-Libaran) berhubung perkembangan terkini rundingan dengan Fasiliti Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX), beliau berkata Malaysia kini dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan penyertaan badan antarabangsa itu

 Harga yang ditawarkan,( indicative price) adalah dari segi maksimumnya USD21 untuk satu vaksin, jadi kerajaan masih melihat beberapa klausa dalam perjanjian dengan COVAX.Bagaimanapun, beliau menjelaskan COVAX hanya sebahagian daripada keperluan negara untuk mendapatkan bekalan vaksin.

Related posts

Leave a Comment