Akaun 1 dalam kajian

PUTRAJAYA, 4 Nov — Kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya dalam satu temu bual bersama BERNAMA dan stesen televisyen tempatan lain, di sini, hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021.

Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 Nov itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Kerajaan pada tahun ini telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus  daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.

Related posts

Leave a Comment