PKPB Barat Daya 6 Nov.

PUTRAJAYA 4 Nov. – Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang berkuat kuasa 6 hingga 19 November ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan melaksanakan PKPB itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Mesyuarat Khas MKN juga memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan pada 5 November seperti dijadualkan.

Related posts

Leave a Comment