Trump, Biden yakin menang

MASING-MASING dakwa mampu menduduki White House. Walaupun kiraan undi belum selesai, Donald Trump dan Joe Biden telah tampil memberi ucapan membayangkan kemenangan mereka.

Trump pada awal Rabu (petang di Malaysia) mendakwa memenangi pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2020.

“Saya akan buat kenyataan malam ini. MENANG! besar,” kata Trump di Twitter.

Trump turut menuduh Demokrat cuba merampas keputusan pilihan raya.

“Kami tidak akan pernah biarkan mereka lakukannya. Undi tidak dapat diberikan setelah undian (tinjauan) ditutup!” katanya.

Biden dalam ucapannya berkata beliau berada di landasan yang betul untuk memenangi Pilihan Raya Presiden 2020.

“Kami gembira dengan di mana kami berada, kami benar-benar melakukannya. Saya di sini untuk memberitahu anda malam ini bahawa kami yakin sudah berada di landasan untuk memenangi pilihan raya ini,” kata Biden pada awal pagi Rabu dari negeri asalnya Delaware.

Related posts

Leave a Comment