473 kes baharu, 19 kematian

RIYADH 3 Nov. – ARAB Saudi merekodkan sedikit peningkatan kes harian Covid-19 hari ini apabila mencatatkan 473 kes berbanding 381 semalam dan 374 kes pada Ahad 1 November. Menurut Kementerian Kesihatan, perkembangan ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 348,510 dengan 7,901 kes aktif di mana 749 kritikal. Sebanyak 19 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah kumulatif 5,456 kematian. Kes sembuh pula merekodkan 481 pesakit pulih yang menyumbang kepada jumlah kumulatif meningkat kepada 335,153 atau 96.26 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, daripada 473 kes baharu,…

Read More

Covid-19 : Indonesia atasi negara anggota ASEAN lain

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Indonesia merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi hari ini berbanding empat negara anggota ASEAN lain iaitu Filipina, Malaysia, Thailand dan Singapura. Pada masa yang sama Indonesia juga mempunyai jumlah kumulatif kes yang tinggi berbanding negara anggota lain. Menurut Kementerian Kesihatan INDONESIA, sebanyak 2,973 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 418.375 dengan kes aktif 54,732 Jakarta mencatatkan kes tertinggi iaitu 617 diikuti Jawa Barat 484, Jawa Tengah 453 dan Jawa Timur 272. Bagi kes kematian pula, sebanyak 102 lagi pesakit meninggal dunia dengan kumulatifnya…

Read More

Rumah Merah catat 299 kes

PUTRAJAYA 3 Nov. – Kluster Rumah Merah di Kota Kinabalu hari ini mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 299 kes. Kluster ini dilaporkan pada 30 Oktober 2020 dan merupakan sebuah Pusat Tahanan Selain itu, kluster Penjara Kepayan, Kaya dan Saguking turut melaporkan kes melebihi angka 30. Secara keseluruhan sebanyak 38 kluster aktif dilaporkan hari ini termasuk dua kluster baharu. Sementara itu Kluster Batu adalah kluster ke 117 ditamatkan hari ini. Kluster ini mula dikesan pada 6 Oktober 2020 di Taiping. Daripada jumlah saringan yang dibuat, hanya tujuh kes dikesan positif dan…

Read More

Tiga negeri tiada kes baharu

TIGA negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Perlis tidak melaporkan kes baharu hari ini. Selangor mendahukui dengan merekodkan 125 kes baharu di mana 61 kes dari kluster sedia ada, 35 kes lain daripada saringan kontak rapat dan baki 28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Hulu Langat mendahului kes di zon merah dengan 38 kes, Petaling 31, Klang 28, Sepang 11, Kuala Langat sembilan dan Gombak enam. Hulu Selangor yang berada di zon kuning mencatatkan satu kes manakala Sabak Bernam dan Kuala Selangor juga di zon kuning tidak melaporkan sebarang kes. Sementara…

Read More

1,054 kes, jumlah kini 34,393

  PUTRAJAYA 3 Nov. – Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini kembali mencatatkan angka empat digit dengan merekodkan 1,054 kes, selain mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 12 kes sejak pandemik itu melanda negara. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 meningkat kepada 34,393 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 10,135 kes. Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 adalah 263 kes. Daripada jumlah kes baharu, 1,040 kes adalah penularan dalam negara manakala 14 kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara,” katanya pada sidang…

Read More

9,779 sedang dikuarantin

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Sebanyak 9,779 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 65 Hotel dan 19 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 59,966 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa di mana 381 individu dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 49,806 individu dibenarkan pulang ke rumah. “Semalam, seramai 385 orang telah pulang ke tanah air…

Read More

PKPB di Seremban 14 hari

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Seremban, Negeri Sembilan bermula 5 hingga 18 November ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, ia diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Sebanyak sembilan mukim terlibat iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng . Sementara itu PKPD di penjara dan kuarters perumahn Penjara Seberang Perai yang dijadualkan berakhir pada 5 November ini dilanjutkan sehingga…

Read More