473 kes baharu, 19 kematian

RIYADH 3 Nov. – ARAB Saudi merekodkan sedikit peningkatan kes harian Covid-19 hari ini apabila mencatatkan 473 kes berbanding 381 semalam dan 374 kes pada Ahad 1 November.

Menurut Kementerian Kesihatan, perkembangan ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 348,510 dengan 7,901 kes aktif di mana 749 kritikal.

Sebanyak 19 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah kumulatif 5,456 kematian.

Kes sembuh pula merekodkan 481 pesakit pulih yang menyumbang kepada jumlah kumulatif meningkat kepada 335,153 atau 96.26 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, daripada 473 kes baharu, Madinah merekodkan 73 kes jangkitan diikuti Makkah 45, Riyadh 40 dan Jeddah 37.

Related posts

Leave a Comment