Rumah Merah catat 299 kes

PUTRAJAYA 3 Nov. – Kluster Rumah Merah di Kota Kinabalu hari ini mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 299 kes.

Kluster ini dilaporkan pada 30 Oktober 2020 dan merupakan sebuah Pusat Tahanan

Selain itu, kluster Penjara Kepayan, Kaya dan Saguking turut melaporkan kes melebihi angka 30.

Secara keseluruhan sebanyak 38 kluster aktif dilaporkan hari ini termasuk dua kluster baharu.

Sementara itu Kluster Batu adalah kluster ke 117 ditamatkan hari ini. Kluster ini mula dikesan pada 6 Oktober 2020 di Taiping.

Daripada jumlah saringan yang dibuat, hanya tujuh kes dikesan positif dan mereka semuanya telahpun pulih dan dibenarkan pulang.

Related posts

Leave a Comment