SELEPAS langkah pertama pembukaan semula masjid untuk solat Subuh pada 28 Ogos lalu, masjid-masjid di Bahrain akan dibuka pula untuk solat Zuhur mulai 1 November,. Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam (SCIA) Bahrain memutuskan pembukaan itu berdasarkan persetujuan Pasukan Petugas Nasional Memerangi Virus Korona (Covid-19) Nasional. Menurut SCIA, langkah berjaga-jaga akan diambil bagi menjaga keselamatan jemaah semasa solat dua waktu itu. Solat jemaah dan solat Jumaat digantung di Bahrain sejak 28 Mac setelah masjid-masjid ditutup bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19. Pembukaan semula masjid pada 28 Ogos lalu adalah sebagai langkah secara…
Read MoreMonth: October 2020
SHN pelawat di ‘rumah sendiri’
MULAI 4 November ini, pelawat-pelawat dari lebih banyak negara akan dibenarkan menjalani Notis Duduk Di rumah (SHN) selama 14 hari di kediaman mereka di Singapura, bukannya di kemudahan khusus. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam satu kenyataan semalam berkata, negara-negara itu adalah Estonia, Fiji, Finland, Jepun, Norway, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand dan Turki. Untuk melayakkan mereka tidak menjalani pengasingan di kemudahan khusus, para pelawat berkenaan tidak mengunjungi mana-mana negara lain dalam tempoh 14 hari sebelum memasuki Singapura. Mereka juga mesti tinggal bersendirian di kediaman mereka atau bersama ahli-ahli keluarga yang juga…
Read MoreMedia Hari Ini 28.10.2020
389 kes baharu di Arab Saudi
SEBANYAK 389 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan di Arab Saudi yang membawa jumlah keseluruhan 345,631 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 16 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,329 kematian. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 426 kes direkodkan yang menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 332,117 atau 96.09 peratus. Kes aktif pula sebanyak 8,185 di mana 778 kritikal. Sementara itu Madinah merekodkan 46 kes baharu diikuti Riyadh 44, Makkah 30, dan Jeddah 12 kes.
Read MoreIndonesia hampiri 400,000 kes
JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Indonesia menghampiri 400,000 kes apabila kes harian hari ini, 27 Oktober merekodkan 3,520 kes menjadikan jumlah kumulatif 396,454 dengan 60,694 kes aktif. Kes tertinggi direkodkan di Jakarta dengan 781 kes menjadikan jumlah kumulatif 102,678 diikuti Jawa Barat 390 kes (34.745), Jawa Tengah 316 (32.414), Sumatera Barat 313 (13.373) dan Jawa Timur 289 (51.506). Bagi kes kematian, 101 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 13,512 di mana Jawa Timur mencatatkan 21 kes dan kumulatifnya mencapai 3.704 kes, Jawa Barat 14 (708), Jawa Tengah 12 (1.701) dan…
Read More185 wajib jalani saringan
DUA anak kapal disahkan meninggal dunia manakala 185 yang lain berjaya diselamatkan dalam insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri pada pagi Selasa,27 Oktober. Semua mangsa selamat tiba di Pelabuhan Miri pada jam 2.30 petang dan diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Tiada sebarang kejadian pencemaran marin dikesan dan kapal Dayang Topaz telah belayar menuju ke limbungan pembaikan kapal yang terdekat untuk pemeriksaan kerosakan sebenar. Sebelum ini, Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM, Komander Suzanna Razali Chan berkata,…
Read MoreElakkan sebarang pilihan raya
PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar tidak diadakan sebarang pilihan raya buat masa ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun, sekiranya tidak dapat dielakkan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, KKM akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti kaedah berbeza untuk melaksanakan pilihan raya. Pertama tidak boleh rentas sempadan, tiada rentas daerah dan tidak boleh balik kampung untuk pilihan raya. Kedua, tidak dibenarkan perhimpunan dan ketiga, tiada lawatan rumah ke rumah. Ini adalah tiga isu utama yang kami perlu bincangkan dengan SPR sama ada kita boleh laksanakan undi pos dan sebagainya. Kami akan terus berbincang dengan…
Read More35 lokaliti terlibat PKPB Nilai
SEBANYAK 35 lokaliti termasuk taman perumahan di Zon Nilai terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam ini (28 Oktober) manakala sebahagian tiga jalan di Putra Point terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hingga 10 November 2020. Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, jalan yang terlibat dengan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh anggota keselamatan iaitu Jalan BBN 1/7A, Jalan BBN 1/7B, Jalan BBN 1/7E. Dalam kenyataan media, beliau berkata, semua yang mempunyai kontak rapat dengan Kluster Kaya dan tinggal di asrama Jalan BBN 1/2E…
Read MoreHanya 40 jemaah solat Jumaat
HANYA 40 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau zon Nilai yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 28 Oktober sehingga 10 November ini. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam satu kenyataan berkata, kaedah penentuan jemaah adalah dengan pendaftaran secara manual atau ‘walk in’. iiSetiap jemaah atau orang ramai yang hadir hendaklah mengimbas QR Code My Sejahtera dan QR Code Masjid/Surau Jumaat yang disediakan di pintu- pintu masuk. Bagi solat fardhu, hanya Imam, Bilal dan Siak (tiga orang sahaja) yang bertugas dibenarkan berada…
Read More38 kluster catat kes baharu
SEBANYAK 38 kluster aktif yang melaporkan kes baharu hari ini, 27 Oktober termasuklah Kluster Kaya (152 kes baharu), Saguking (55) Melati (36) dan Titir (23). Selain itu, daripada jumlah 38 kluster aktif, dua kluster baharu dikesan iaitu Kluster Limbungan di Labuan dan Kluster Lintas di Sabah.
Read More