Zuhur di masjid Bahrain 1 Nov.

SELEPAS langkah pertama pembukaan semula masjid untuk solat Subuh pada 28 Ogos lalu, masjid-masjid di Bahrain akan dibuka pula untuk solat Zuhur mulai 1 November,.

Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam (SCIA) Bahrain memutuskan pembukaan itu berdasarkan persetujuan Pasukan Petugas Nasional Memerangi Virus Korona (Covid-19) Nasional.

Menurut SCIA, langkah berjaga-jaga akan diambil bagi menjaga keselamatan jemaah semasa solat dua waktu itu.

Solat jemaah dan solat Jumaat digantung di Bahrain sejak 28 Mac setelah masjid-masjid ditutup bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Pembukaan semula masjid pada 28 Ogos lalu adalah sebagai langkah secara beransur-ansur penyambungan semula ibadah berjemaah dan perhimpunan berbentuk keagamaan.

Related posts

Leave a Comment