SABAH mencatatkan penurunan jumlah kes baharu sebanyak 517 kes (55.8 peratus) iaitu daripada 927 kes semalam kepada 410 kes hari ini, 27 Oktober 2020. Walaupun terdapat penurunan jumlah kes pada hari ini, KKM masih terus giat menjalankan aktiviti saringan dan pengesanan kes secara aktif di seluruh negeri Sabah. Ini kerana, masih terdapat sebanyak 44 kluster yang aktif di Sabah dan peningkatan kes harian tempatan masih boleh berlaku.
Read MoreMonth: October 2020
Zon merah, kuning di Selangor
HANYA zon kuning dan merah. Tiada lagi hijau di Selangor. Hari ini, 27 Oktober, Selangor mencatatkan 126 kes termasuk satu kes import. Sebanyak 59 daripada jumlah tersebut adalah daripada kluster-kluster sedia ada seperti Mentari, Hentian, Utama, Auto, Cahaya, Palma, Menara, Jambu dan Bah Kota. Sebanyak 42 kes lagi adalah dari saringan kontak rapat manakala baki 24 daripada lain-lain saringan Covid-19.
Read MoreSabah terus mendahului kes
SABAH mendahului 410 kes baharu hari ini, lebih rendah berbanding semalam, 26 Oktober. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 60 kes adalah dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Lintas (baharu), 218 saringan kontak rapat dan 132 lain-lain saringan Covid-19 NEGERI SEMBILAN pula mencatatkan 155 kes melalui kluster sedia ada yang merekodkan 149 kes, empat kes saringan kontak rapat dan dua lain-lain saringan Covid-19. SELANGOR merekodkan 126 kes yang meliputi 59 kes kluster sedia ada, 42 saringan kontak rapat, 24 lain-lain saringan Covid-19 dan satu Kes import dari India LABUAN…
Read MoreDua kluster baharu
DUA kluster baharu dilaporkan hari ini 27 Oktober iaitu Lintas (Sabah) dan Limbungan (Labuan). Setakat ini, jumlah kes positif dalam kluster-kluster ini adalah sebanyak 26 kes.
Read More835 kes, dua kematian
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 27 Okt 2020 Kes sembuh=674 Jumlah kes sembuh=18,499 kes Kes baharu positif=835 (kes import=5, kes tempatan=830) Jumlah positif=28,640 kes Kes kematian=2 Jumlah kes kematian=238 kes Kes dirawat di ICU=89 kes Bantuan Alat Pernafasan=32 kes
Read MoreKatil ICU ditambah
BAGI menangani peningkatan kes Covid-19, keperluan penyediaan katil ICU telah dipertingkatkan di seluruh negara sebanyak 90 peratus, iaitu 514 katil pada 26 Oktober 2020, berbanding 50 katil pada peringkat awal pandemik pada bulan Mac. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Rohaizat Yon berkata, sehingga 26 Oktober 2020, kadar penggunaan katil ICU adalah 23 peratus sahaja, dan masih mempunyai kapasiti sebanyak 77 peratus. Katanya, setakat 26 Oktober, terdapat 1,539 ventilator di seluruh negara yang menunjukkan peningkatan sebanyak 97 peratus berbanding 50 ventilator di peringkat awal penularan wabak. Kadar…
Read MoreTiga lagi kawasan PKPD
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di dua kawasan di Selangor serta satu kawasan di Sarawak berkuat kuasa 28 Oktober ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan atau lokaliti itu ialah Flat Sungai Emas dan Plaza Hentian Kajang di Selangor, selain Kampung Haji Baki, Kuching (Sarawak). Beliau memberitahu, PKPD di Flat Sungai Emas itu melibatkan Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 yang membabitkan tujuh blok flat serta rumah teres dengan bilangan 1,300 penduduk. “Sehingga 24 Oktober lalu,…
Read More612 individu ditahan
LEBIH 25 peratus daripada 612 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa, 26 Oktober adalah mereka yang tidak memakai pelitup muka dan terdiri daripada pengunjung kelab malam.
Read MoreTiga dicari kes hina raja
BERANI buat beranilah berdepan dengan polis. Tidak perlu dijemput, serah diri di mana-mana balai polis. Setakat tengah hari ini, 27 Oktober 2020, polis menahan seorang pemilik akaun Twitter. Tiga lagi pemilik akaun laman sosial sedang dikesan. Mereka didakwa memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu dan berbaur hasutan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, seorang pemilik akaun Twitter berusia 52 tahun ditahan dalam satu serbuan di kawasan Cheras pada Isnin, 26 Oktober. Turut dirampas perkakasan yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan yang…
Read MoreProton X50 bermula RM79,200
MODEL Proton X50 kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak dilancarkan secara rasmi menerusi laman Facebook rasmi Proton Holdings Bhd (Proton), pada Selasa 27 Oktober dengan tawaran harga bermula RM79,200 untuk varian paling asas. Terdapat empat varian dalam segmen SUV itu dengan varian Standard ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM79,200, manakala Executive RM84,800, Premium (RM93,200) dan varian tertinggi Flagship pula bermula RM103,300. Menurut Proton, model itu didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange. Enjin yang dibangunkan Zhejiang Geely…
Read More