SHN pelawat di ‘rumah sendiri’

MULAI  4 November ini, pelawat-pelawat dari lebih banyak negara akan dibenarkan menjalani Notis Duduk Di rumah (SHN) selama 14 hari di kediaman mereka di Singapura, bukannya di kemudahan khusus.

Kementerian Kesihatan (MoH) dalam satu kenyataan semalam berkata, negara-negara itu adalah Estonia, Fiji, Finland, Jepun, Norway, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand dan Turki.

Untuk melayakkan mereka tidak menjalani pengasingan di kemudahan khusus, para pelawat berkenaan tidak mengunjungi mana-mana negara lain dalam tempoh 14 hari sebelum memasuki Singapura.

Mereka juga mesti tinggal bersendirian di kediaman mereka atau bersama ahli-ahli keluarga yang juga menjalani SHN untuk jangka masa yang sama dan dengan sejarah perjalanan yang sama.

Bagi tujuan itu, pelawat boleh membuat permohonan pada 2 November, untuk ketibaan pada atau selepas 4 November sementara rakyat dan penduduk tetap Singapura perlu mengemukakan permohonan sebelum ketibaan melalui laman Safe Travel Office.

Ketika ini, para pelawat dari negara atau kawasan berisiko rendah yang terpilih mesti menjalani SHN selama tujuh hari di kediaman mereka atau tempat penginapan sesuai pilihan mereka manakala pelawat lain di kemudahan khusus.

Sementara itu, mulai 1 Januari, Singapura tidak lagi akan menanggung kos SHN di kemudahan disediakan untuk warga Singapura (SC) dan Penduduk Tetap (PR)

yang kali terakhir meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020.

Menurut MoH, sebahagian besar SC dan PR yang meninggalkan Singapura dalam tempoh setahun lepas, telah pulang.

Kementerian itu menyatakan, perkara yang sama juga dikenakan kepada yang pulang ke negara itu termasuklah SC, PR dan Pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) baharu, juga bertanggungjawab ke atas bil perubatan mereka, jika mereka mempunyai gejala dalam tempoh 14 hari daripada mereka tiba ke Singapura.

Bagaimanapun mereka boleh menikmati aturan kewangan kesihatan yang biasa untuk bil perubatan mereka seperti subsidi kerajaan dan ‘MediSheilds’ atau Pelan Perubatan Bersepadu untuk SC dan PR dan juga insuran peribadi untuk LTPH.

Singapura sehingga kini menanggung kos penginapan di fasiliti khas SHN dan bil perubatan rawatan Covid-19 untuk SC dan PR yang meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020.

Singapura juga menanggung kos perubatan Covid-19 kepada SC, PR, LTPH baharu dan juga LTPH sedia ada yang meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac 2020.

Related posts

Leave a Comment