Hanya 40 jemaah solat Jumaat

HANYA 40 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau zon Nilai yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 28 Oktober sehingga 10 November ini.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam satu kenyataan berkata, kaedah penentuan jemaah adalah dengan pendaftaran secara manual atau ‘walk in’.

iiSetiap jemaah atau orang ramai yang hadir hendaklah mengimbas QR Code My Sejahtera dan QR Code Masjid/Surau Jumaat yang disediakan di pintu- pintu masuk.

Bagi solat fardhu, hanya Imam, Bilal dan Siak (tiga orang sahaja) yang bertugas dibenarkan berada di masjid atau surau setiap kali waktu solat fardhu.

Berkaitan pengurusan jenazah, yang diuruskan di masjid atau surau, ia hanya melibatkan enam orang sahaja yang terdiri daripada Imam, Bilal, Siak dan tiga orang waris terdekat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Tiada talkin dan tahlil.

Semua pintu pagar dan pintu masuk bangunan hendaklah dikunci rapi selepas selesai aktiviti solat.

Sementara itu, JHEAINS menyenaraikan masjid dan surau di kawasan yang terlibat dengan PKPB iaitu Masjid Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai,

Komplek Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai (Surau Jumaat), Surau Al-Mahabbah, Desa Indah , Putra Nilai (Surau Jumaat), Surau Al-Ikhlas, Taman Desa Cempaka 2 (Surau Jumaat).

Surau An-Nur, Kasturi Heights, Bandar Baru Nilai, Surau Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai, Surau Al-Muhajirin, Desa Kasia, Surau Al-Hidayah, Taman Desa Kolej, Surau Taman Impiana Residence, Surau Desa Palma, Surau Ar-Raudhah, Bayu 2 Appartment Putra Nilai, Desa Melati.

Surau Al-Ittihad, Bayu Residence 1, Persiaran Golf, Desa Melati Nilai, Surau Ar-Raudhah, Taman Desa Jati, Surau Ar-Rahman, Cempaka Puri, Surau Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka dan Surau Balai Bomba Nilai.

Related posts

Leave a Comment