Masih ada ingkar pelitup muka

KUALA LUMPUR : Masih ada individu yang ditahan kerana gagal memakai pelitup muka, salah satu kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, 28 Oktober 2020. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 549 individu ditahan kerana pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP. Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 547 individu dikompaun manakala dua lagi direman. Di samping pelitup muka, kesalahan lain adalah gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (154), penjarakan fizikal (79), premis beroperasi lebih masa (34), aktiviti di pusat hiburan (9) dan lain-lain (85). Dalam satu kenyataan…

Read More

Bantu waris pekerja kesihatan

KABINET Arab Saudi pada Selasa memutuskan akan memberi bantuan kewangan sebanyak SR500,000 kepada waris setiap petugas kesihatan yang meninggal dunia ketika merawat pesakit Covid-19. Bantuan itu akan diberikan kepada semua rakyat termasuk pasukan ketenteraan yang bekerja dalam bidang kesihatan kerajaan mahu pun swasta. Mereka yang meninggal dunia termasuk doktor dan jururawat yang berasal dari Pakistan, Mesir dan Bangkadesh. Sebelum ini media melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang meninggal dunia ketika merawat pesakit Covid-19. Mereka termasuklah Dr. Abdur Rahim (Bangladesh) yang bertugas sebuah poliklinik di Jeddah, Dr. Ahmed Yahya (Mesir) konsultan ortopedik di…

Read More

44.3 juta kes global

ANGKA global kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 44.3 juta dengan kematian pula meningkat kepada 1,172,086 sementara kes sembuh setakat ini sebanyak 29,940,925. Menurut data Johns Hopkins University, setakat pukul 8.30 pagi ini, daripada 44,386,621 kes,  Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 8,848,875 kes dengan jumlah kematian pula 227,604. India pula menghampiri lapan juta kes dengan catatan 7,990,322 diikuti Brazil 5,439,641. Lima negara merekodkan lebih satu juta kes didahului Rusia 1,553,028, Perancis 1,279,384, Sepanyol 1,136,503, Argentina 1,130,533 dan Colombia 1,041,935. United Kingdom dan Mexico pula sedang menuju kepada satu juta kes memandangkan setakat ini…

Read More

Anugerah Khas

JASA dan sumbangan mereka begitu bermakna kepada agama, bangsa dan negara. Sewajarnya mereka menerima Anugerah Khas Semarak Cinta Rasul SAW 1442H/2020M. Tahniah kepada Siti Sakinah Meor Omar Baki (Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care), Nicholas Sylvester @ Berry (Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation); Zakaria Bin Yahya (Guru Pendidikan Khas); Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor (Presiden Pertubuhan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM)); Dato’ Dr. Norhayati Binti Rusli (Pengarah Kawalan Penyakit,  Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Kementerian Kesihatan Malaysia)) dan Zawiah Hassan (Penceramah dan Pendakwah Bebas, Mantan Ketua Penolong Pendaftar Nikah, Cerai…

Read More

Giatkan lagi usaha bersama

Terkini R-naught untuk kebolehjangiktan Covid-19 di Malaysia telah turun, iaitu pada permulaan gelombang ketiga 2.2 kepada 1.1. Kita perlu mempergiatkan lagi usaha kesihatan awam di lapangan. Berusaha dan bertawakkal. InshaAllah The latest R-naught that measures the rate of infectivity has come down from 2.2 at the onset of third wave of pandemic to 1.1 now. The on going public health efforts must continue to step up in order to break the chain of Covid-19 transmission . Sumber FB KPK

Read More

416 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 416 kes koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan 346,047 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 19 kematian direkodkan yang menjadikan jumlah kumulatif 5,348 kematian. Sebanyak 433 kes pulih dicatatkan bgai tempoh 12 tengah hari semalam dan 12 tengah hari ini, 28 Oktober. Ini menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 332,550 atua 96.09 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, Madinah terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 75 kes diikuti Riyadh 49, Makkah 47 manakala Jeddah 10 kes. Sebanyak 58,861 ujian saringan dilakukan dalam tempoh 24…

Read More