416 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 416 kes koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan 346,047 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 19 kematian direkodkan yang menjadikan jumlah kumulatif 5,348 kematian.

Sebanyak 433 kes pulih dicatatkan bgai tempoh 12 tengah hari semalam dan 12 tengah hari ini, 28 Oktober.

Ini menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 332,550 atua 96.09 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, Madinah terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 75 kes diikuti Riyadh 49, Makkah 47 manakala Jeddah 10 kes.

Sebanyak 58,861 ujian saringan dilakukan dalam tempoh 24 jam manakala kes aktif kini 8,149 kes.

Related posts

Leave a Comment