Bantu waris pekerja kesihatan

KABINET Arab Saudi pada Selasa memutuskan akan memberi bantuan kewangan sebanyak SR500,000 kepada waris setiap petugas kesihatan yang meninggal dunia ketika merawat pesakit Covid-19.

Bantuan itu akan diberikan kepada semua rakyat termasuk pasukan ketenteraan yang bekerja dalam bidang kesihatan kerajaan mahu pun swasta.

Mereka yang meninggal dunia termasuk doktor dan jururawat yang berasal dari Pakistan, Mesir dan Bangkadesh. Sebelum ini media melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang meninggal dunia ketika merawat pesakit Covid-19.

Mereka termasuklah Dr. Abdur Rahim (Bangladesh) yang bertugas sebuah poliklinik di Jeddah, Dr. Ahmed Yahya (Mesir) konsultan ortopedik di Taif, Dr. Golam Mostafa doktor di bawah Kementerian Kesihatan di Madinah, Dr. Anwar Ul Hasan di Riyadh, Dr. Afaq Hossain di Madinah dan Dr. Mohammed Sobhi (Mesir) di Taif.

Related posts

Leave a Comment