HARI ini, Jumaat yang ketiga tidak dapat solat bersama jemaah Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Di Selangor, bagi zon kuning dan merah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan solat Jumaat dibenarkan tetapi hanya melibatkan enam orang jemaah. Di Selangor, ketika ini tujuh daerah di zon merah dan tiga lagi di zon kuning. Tiada zon hijau. Maka pilihan yang ada solatlah di rumah. Solat zuhur. Namun masih boleh menghayati khutbah Jumaat yang disediakan JAIS. Tajuk khutbah hari ini, INDAHNYA AKHLAKMU YA RASULULLAH. Keindahan akhlak Rasulullah…
Read MoreMonth: October 2020
Calon TPM belum terjawab
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Tiada pengumuman oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung siapa calon parti itu untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) seperti yang heboh diperkatakan menjelang Mesyuarat MT malam tadi. Sebaliknya kenyataan UMNO awal pagi ini antara lain hanya menyentuh tentang sokongan kepada kerajaan sekarang, serta mengembalikan mandat rakyat melalui pilihan raya umum (PRU) selepas pandemik Covid-19 dapat dikawal. Sebelum ini, ada laporan mengatakan mesyuarat khas MT UMNO di Menara Dato Onn malam tadi ini, dijadual akan membincangkan secara terperinci mengenai calon yang paling sesuai untuk dicadangkan menjadi…
Read MoreMedia Hari Ini 30.10.2020
435 kes baharu di Saudi
KES jangkitan koronavirus Covid-19 dalam keadaan turun naik di Arab Saudi tetapi jumlahnya masih di bawah paras 500 kes. Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah kes ynag direkodkan hari ini adalah sebanyak 435, meningkat 19 kes berbanding 416 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 346,482 sementara 8,114 kes aktif dengan 776 kritikal. Pada Selasa lalu, 27 Oktober, sebanyak 399 kes direkodkan berbanding Isnin 357, Ahad 323, Sabtu 395, Jumaat 383 dan Khamis 22;Oktober 401 kes. Kematian yang dilaporkan hari ini pula adalah 15 kes yang membawa kepada jumlah…
Read MoreKes di Indonesia 404,048
ANGKA kes positif Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 3,565 kes dilaporkan hari ini, 29 Oktober yang membawa kumulatifnya mencapai 404,048 berbanding 400,483 semalam. Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, kes aktif pula sebanyak 60,569 kes. Kes harian tertinggi direkodkan di Jakarta sebanyak 713 kes menjadikan kumulatifnya 104,235 kes diikuti Jawa Barat 459 kes (35.607), Jawa Tengah 368 (33.100), Sumatera Barat 335 (13.984) dan Jawa Timur 268 (52,020). Bagi kes kematian pula, 89 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatifnya mencapai 13,701 kes. Jawa Timur merekodkan 16…
Read MoreKelantan, Perlis tiada kes
SECARA keseluruhan, 649 kes baharu dilaporkan hari ini, tujuh daripadanya adalah kes import di Selangor (3), KL (2) dan Sarawak (2). Dua negeri iaitu Perlis dan Kelantan tidak melaporkan kes baharu. Lima kluster baharu dilaporkan di negeri Sabah (Sakti dan Tuguson), Selangor (Taman Laut dan Bah Medan) dan Negeri Sembilan (Taman Bunga).
Read MoreKluster Kaya catat kes tinggi
226 kes baharu dilaporkan dalam 32 kluster sedia ada manakala 85 kes baharu lain dilaporkan dalam 5 kluster baharu iaitu Sakti, Tuguson, Taman Laut, Bah Medan dan Taman Bunga. Secara keseluruhan, 311 kes daripada 649 kes baharu hari ini dilaporkan dari kluster-kluster. Kluster Kaya melaporkan kes baharu tertinggi antara semua kluster; 66 kes.
Read MoreLima kluster baharu
Lima kluster baharu dikesan hari ini melibatkan negeri Sabah (2 kluster), Selangor (2) dan Negeri Sembilan (1). Jumlah kes dari kelima-lima kluster baharu adalah 85 kes.
Read More135 kes, meningkat di Selangor
Selangor catat 135 kes baharu termasuk tiga import, yang menunjukkan peningkatan kes harian berbanding 88 kes semalam. 64 kes dikesan dalam kluster-kluster sedia ada, 6 pula dari kluster Taman Laut dan Bah Medan (baharu). 41 dari saringan kontak rapat dan baki 21 dari lain-lain saringan COVID-19.
Read More352 kes baharu di Sabah
SABAH melaporkan 352 kes daripada 649 kes baharu hari ini (bersamaan 54.2%). 44 dikesan dalam kluster-kluster sedia ada, manakala 11 dikesan dalam kluster Sakti dan kluster Tuguson (kluster baharu). 170 kes lain pula adalah daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan baki 127 kes daripada lain-lain saringan.
Read More