44.3 juta kes global

ANGKA global kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 44.3 juta dengan kematian pula meningkat kepada 1,172,086 sementara kes sembuh setakat ini sebanyak 29,940,925.

Menurut data Johns Hopkins University, setakat pukul 8.30 pagi ini, daripada 44,386,621 kes,  Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 8,848,875 kes dengan jumlah kematian pula 227,604.

India pula menghampiri lapan juta kes dengan catatan 7,990,322 diikuti Brazil 5,439,641.

Lima negara merekodkan lebih satu juta kes didahului Rusia 1,553,028, Perancis 1,279,384, Sepanyol 1,136,503, Argentina 1,130,533 dan Colombia 1,041,935.

United Kingdom dan Mexico pula sedang menuju kepada satu juta kes memandangkan setakat ini masing-masing merekodkan 945,367 dan 901,268.

Lima negara yang merekodkan lebih 500,000 kes adalah Peru 892,497, Afrika Selatan 719,714, Itali 589,766, Iran 588,648 dan Chile 505,530.

Jerman mencatatkan 479,621 kes, Iraq 463,951, Bangladesh 403,079, Indonesia 400,483.

Lapan negara melebihi 300,000 kes iaitu Filipina 375,180, Ukraine 374,023, Turki 368,513, Belgium 347,289, Arab Saudi 346,047, Pakistan 330,200, Netherlands 326,277 dan Israel 312,550.

Poland pula merekodkan 299,049, Czechia 292,280, Kanada 228,079, Romania  222,559, Morocco 207,718.

Sebanyak 16 negara merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Ecuador, Nepal, Bolivia, Switzerland, Qatar, Panama, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Portugal, Republik Dominica, Kuwait, Sweden, Oman, Kazakhstan, Mesir, Costa Rica, Guatemala dan Jepun.

Sementara itu bagi kematian, Brazil di kedudukan kedua dengan 157,946 kematian, diikuti  India 120,010, Mexico 89,814, United Kingdom 45,765, Itali 37,905, Perancis 35,820, Sepanyol 35,466.

Peru 34,257, Iran 33,714, Colombia 30,752, Argentina 30,071.

Rusia merekodkan 26,752 kematian, Afrika Selatan 19,111, Chile  14,032, Indonesia 13,612, Ecuador 12,608, Belgium 11,038, Iraq 10,770, Jerman 10,218, Kanada  10,082 dan Turki  10,027.

Bagi kes sembuh, India mendahului dengan 7,259,509, Brazil 4,914,733, AS 3,518,140, Rusia 1,164,915, Colombia 941,874, Argentina 931,147, Peru 814,204, Mexico 763,105, Afrika Selatan 648,654.Chile 482,906, Iran 467,917.

Iraq merekodkan 391,010, Jerman 332,743, Arab Saudi 332,550, Filipina 329,111, Indonesia 325,793, Bangladesh 319,733, Turki 319,181, Pakistan 311,814, Israel 298,043, Itali 275,404, Kanada 191,432, Morocco 171,591, Romania 159,855, Ukraine 155,028, Sepanyol 150,376, Ecuador 141,759 dan Qatar 128,884.

Related posts

Leave a Comment