Peranan sama pendekatan mereka berbeza

SEORANG Presiden dan seorang Perdana Menteri tetapi peranan mereka sama, sebagai pemimpin negara. Bagaimanapun pendekatan mereka tidak sama dalam menghadapi isu berkaitan agama dan hasilnya juga amat berbeza.

Kesan tindakan pemimpin New Zealand dan Perancis itu amat berbeza dalam menghadapi isu berkaitan agama.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardent nampak lebih ‘berhemah’, tenang dan bijak menghadapi situasi serangan pengganas ke atas dua buah masjid di Christchurch yang menyebabkan 51 terbunuh pada Mac tahun lalu.

Beliau yang melabelkan pembunuhan beramai-ramai itu sebagai keganasan berkata : “Hari ini merupakan hari paling malang di New Zealand. Doa dan ingatan saya sentiasa untuk Christchurch,”.

Mungkin situasi berbeza tetapi pendekatan yang perlu diambil dalam menghadapi apa juga situasi perlu ke arah penyelesaian bukan menimbulkan kemarahan.

Ardern, 38 (ketika itu) turun di lapangan untuk menyatakan rasa simpati. Dengan

mengenakan tudung hitam, beliau muncul di khalayak bagi menenangkan keluarga mangsa yang kemudiannya tular di media sosial serta mendapat pujian umat Islam.

Baru-baru ini Arden menang bergaya dalam pilihan raya umum yang diadakan

Sebaliknya, tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron menangani isu karikatur Nabi Muhammad SAW umpama mencurah minyak ke dalam api.

Pendiriannya terhadap penghinaan karikatur itu mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah dan menyifatkan Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.

Beliau mempertahankan hak untuk menghina agama susulan pembunuhan guru sekolah negara itu selepas lelaki berkenaan menunjukkan kartun yang didakwa Nabi Muhammad SAW.

Media sebelum ini melaporkan seorang guru sekolah di Perancis, Samuel Paty dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipenggal oleh seorang lelaki Rusia berketurunan Chechen pada 16 Oktober lalu.

Guru terbabit sebelum itu menunjukkan karikatur didakwa Nabi Muhammad SAW yang menyebabkan 12 orang dibunuh dalam serangan di pejabat Charlie Hebdo, pada 2015.

Susulan kejadian, Macron mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan kebebasan bersuara dan gaya hidup sekular di negara itu, sambil menegaskan bahawa negara itu ‘tidak akan mengharamkan kartun.’

Kenyataan pemimpin itu mendapat reaksi pemimpin dunia Islam dan menyebabkan protes serta kempen boikot terhadap produk buatan Perancis di beberapa negara yang penduduk majoritinya adalah penganut Islam.

Macron dilihat menekankan nilai permusuhan dan Islamofobia yang menyukarkan lagi jalan perdamaian. Dalam menghadapi situasi sebegini, beliau sepatutnya menekankan nilai perpaduan dan kemanusiaan.

Macron dan pemimpin dunia lain perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung isu-isu berkaitan agama dan keganasan. Silap kenyataan buruk padahnya.

Related posts

Leave a Comment