402 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi melaporkan 402 kes baharu koronavirus Covid-19 hari ini, 31 Oktober, berbanding 398 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 347,282 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula meningkat kepada 5,402 kes termasuk 19 kematian baharu yang dilaporkan hari ini. Kes pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 433 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih setakat ini 333,842. Sementara kes aktif adalah 8,038 di mana 766 adalah kritikal. Daripada 402 kes baharu, Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 59 diikuti Buraidah 44, Hail 33, Makkah 32, Yanbu 24 dan Jeddah 12.

Read More

456 ingkar PKP ditahan

SEBANYAK 60,089 pemeriksaan dilakukan semalam (30 Oktober 2020) di seluruh negara bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan itu, polis menahan 456 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP dan kesemua mereka  dikompaun. Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (174), penjarakan fizikal (74), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (72), aktivti pusat hiburan (34), dan lain- lain (102). Mengenai Operasi Benteng, 12 pendatang asing tanpa izin dan dua…

Read More

Peranan sama pendekatan mereka berbeza

SEORANG Presiden dan seorang Perdana Menteri tetapi peranan mereka sama, sebagai pemimpin negara. Bagaimanapun pendekatan mereka tidak sama dalam menghadapi isu berkaitan agama dan hasilnya juga amat berbeza. Kesan tindakan pemimpin New Zealand dan Perancis itu amat berbeza dalam menghadapi isu berkaitan agama. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardent nampak lebih ‘berhemah’, tenang dan bijak menghadapi situasi serangan pengganas ke atas dua buah masjid di Christchurch yang menyebabkan 51 terbunuh pada Mac tahun lalu. Beliau yang melabelkan pembunuhan beramai-ramai itu sebagai keganasan berkata : “Hari ini merupakan hari paling malang…

Read More

Rempuh pintu Masjidilharam

SEBUAH kereta, Hyundai tiba-tiba meluncur laju merempuh Pintu 89 Masjidilharam kira-kira pukul 10.25 malam tadi. Satu rakaman memaparkan kereta berkenaan dipandu laju di kawasan dataran masjid dan merempuh pintu masuk masjid. Jurucakap Gabenor wilayah Mekah, Sultan al-Dosari berkata kenderaan tersebut dipandu laju di kawasan dataran selatan Masjidilharam. Berdasarkan rakaman video, anggota keselamatan dilihat bergegas ke lokasi kejadian dan menutup kawasan tersebut. Pemandu itu, lelaki warga Arab Saudi yang berpakaian ihram telah ditahan berhampiran kawasan pembesaran King Fahd. Pegawai penyiasat memaklumkan pemandu berkenaan berada “dalam keadaan tidak waras.” Tiada kecederaan dilaporkan…

Read More