Rempuh pintu Masjidilharam

SEBUAH kereta, Hyundai tiba-tiba meluncur laju merempuh Pintu 89 Masjidilharam kira-kira pukul 10.25 malam tadi.

Satu rakaman memaparkan kereta berkenaan dipandu laju di kawasan dataran masjid dan merempuh pintu masuk masjid.

Jurucakap Gabenor wilayah Mekah, Sultan al-Dosari berkata kenderaan tersebut dipandu laju di kawasan dataran selatan Masjidilharam.

Berdasarkan rakaman video, anggota keselamatan dilihat bergegas ke lokasi kejadian dan menutup kawasan tersebut.

Pemandu itu, lelaki warga Arab Saudi yang berpakaian ihram telah ditahan berhampiran kawasan pembesaran King Fahd.

Pegawai penyiasat memaklumkan pemandu berkenaan berada “dalam keadaan tidak waras.”

Tiada kecederaan dilaporkan dan masjid dibuka seperti biasa ketika solat Subuh awal pagi ini.

(Dari fb Haramain Sharifain)

Related posts

Leave a Comment