435 kes baharu di Saudi

KES jangkitan koronavirus Covid-19 dalam keadaan turun naik di Arab Saudi tetapi jumlahnya masih di bawah paras 500 kes. Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah kes ynag direkodkan hari ini adalah sebanyak 435, meningkat 19 kes berbanding 416 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 346,482 sementara 8,114 kes aktif dengan 776 kritikal. Pada Selasa lalu, 27 Oktober, sebanyak 399 kes direkodkan berbanding Isnin 357, Ahad 323, Sabtu 395, Jumaat 383 dan Khamis 22;Oktober 401 kes. Kematian yang dilaporkan hari ini pula adalah 15 kes yang membawa kepada jumlah…

Read More

Kes di Indonesia 404,048

ANGKA kes positif Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 3,565 kes dilaporkan hari ini, 29 Oktober yang membawa kumulatifnya mencapai 404,048 berbanding 400,483 semalam. Menurut data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, kes aktif pula sebanyak 60,569 kes. Kes harian tertinggi direkodkan di Jakarta sebanyak 713 kes menjadikan kumulatifnya 104,235 kes diikuti Jawa Barat 459 kes (35.607), Jawa Tengah 368 (33.100), Sumatera Barat 335 (13.984) dan Jawa Timur 268 (52,020). Bagi kes kematian pula, 89 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatifnya mencapai 13,701 kes. Jawa Timur merekodkan 16…

Read More

Masih ada ingkar pelitup muka

KUALA LUMPUR : Masih ada individu yang ditahan kerana gagal memakai pelitup muka, salah satu kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, 28 Oktober 2020. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 549 individu ditahan kerana pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP. Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 547 individu dikompaun manakala dua lagi direman. Di samping pelitup muka, kesalahan lain adalah gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (154), penjarakan fizikal (79), premis beroperasi lebih masa (34), aktiviti di pusat hiburan (9) dan lain-lain (85). Dalam satu kenyataan…

Read More

Bantu waris pekerja kesihatan

KABINET Arab Saudi pada Selasa memutuskan akan memberi bantuan kewangan sebanyak SR500,000 kepada waris setiap petugas kesihatan yang meninggal dunia ketika merawat pesakit Covid-19. Bantuan itu akan diberikan kepada semua rakyat termasuk pasukan ketenteraan yang bekerja dalam bidang kesihatan kerajaan mahu pun swasta. Mereka yang meninggal dunia termasuk doktor dan jururawat yang berasal dari Pakistan, Mesir dan Bangkadesh. Sebelum ini media melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang meninggal dunia ketika merawat pesakit Covid-19. Mereka termasuklah Dr. Abdur Rahim (Bangladesh) yang bertugas sebuah poliklinik di Jeddah, Dr. Ahmed Yahya (Mesir) konsultan ortopedik di…

Read More