4,267 kes baharu Indonesia

INDONESIA merekodkan 4,267 kes baharu positif Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 373.109 kes sementara kes aktif pula sebanyak 62,743 kes Daripada jumlah itu, Jakarta merekodkan 1000 kes dan kumulatifnya mencapai 97,217 kes diikuti Jawa Barat 657 kes (31,907), Jawa Tengah 374 kes (30.218), Jawa Timur 327 (49.801). Kes pesakit meninggal dunia pula bertambah sebanyak 123 kes dan kumulatifnya mencapai 12,857 di mana Jawa Timur merekodkan 24 kes dengan kumulatifnya 3,606 kes, Jakarta 21 kes (2,089), Jawa Barat 16 (616), Jawa Tengah 13 (1,620) Sementara…

Read More

Madinah catat 92 kes

MADINAH terus mencatatkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi berbanding kota lain di Arab Saudi apabila merekodkan 92 kes berbanding 59 kes semalam, 20 Oktober dan 60 kes pada Isnin. Makkah pula merekodkan 44 kes, Riyadh 34 sementara Jeddah tujuh kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 405 kes dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 343,373 dengan 8,423 kes aktif di mana 804 kritikal. Sebanyak 18 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19; dan ini membawa kepada 5,235 kematian. Kementerian juga merekodkan 445 kes sembuh yang menjadikan…

Read More

MHPSS bantu warga Sabah

SABAH mencatatkan 535 kes atau 73..1 peratus daripada jumlah keseluruhan 732 kes hari ini. Lahad Datu melaporkan kes tertinggi bagi pecahan daerah (115) diikuti Kota Kinabalu (90). Terdapat tiga kluster baharu dilaporkan iaitu Basung, Inai dan Tempayan. Menyedari situasi semasa Covid-19 di Sabah yang mengalami peningkatan kes positif setiap hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mempertingkatkan liputan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) khas melalui Talian Sokongan Psikososial untuk warga Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata talian yang boleh diakses melalui 088-338088itu bagi membantu warga Sabah dan pasukan barisan hadapan yang…

Read More

Selangor catat 116 kes

SELANGOR mendahului kes di Lembah Klang dengan mencatatkan 116 daripada 148 kes yang dilaporkan. Daripada 116 kes di Selangor, 49 kes adalah dari kluster-kluster sedia ada, lapan dari Kluster Cahaya, dua Kluster Bah Kota dan satu Kluster Long. Dua puluh kes yang dilaporkan di Kuala Lumpur pula termasuklah enam dari Kluster Melati dan tiga dari Kluster Long. Putrajaya pula melaporkan enam kes. Kesemua kes adalah dari kluster-kluster sedia ada.

Read More

PKPD di penjara S.Perai

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Seberang Prai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Prai di Pulau Pinang, berkuat kuasa esok 22 Oktober sehingga 4 November  ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu dilaksanakan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengawal penularan Covid-19 di penjara dan kuarters berkenaan.  “PKPD ini membolehkan pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dapat dikawal dan memudahkan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 terhadap individu-individu bersasar di penjara terbabit,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disiarkan di Facebook Kementerian Pertahanan…

Read More

Lapan lagi kluster baharu

KLUSTER BASUNG Melibatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah. Sebanyak 19 kes dikenal pasti positif Covid-19 dalam kluster ini melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di daerah Kudat. Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, 174 individu disaring, di mana: 19 kes dikesan positif dan 148 individu negatif; dan 197 masih menunggu keputusan. KLUSTER INAI Melibatkan daerah Kudat di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17773) tdikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Pusat…

Read More

732 kes, 6 kematian

PUTRAJAYA: Jumlah kes harian positif Covid-19 hari ini, 21 Oktober di bawah paras 800, menunjukkan sedikit penurunan iaitu 732 kes berbanding 862 dan 865 kes sebelum ini. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan angka terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 22,957 kes dengan kes aktif sebanyak 7,827 kes. Sebanyak enam kematian dilaporkan menjadikan 199 meninggal dunia. Daripada jumlah kes hari ini, 724 merupakan penularan tempatan dan terdapat lapan kes import yang melibatkan enam warganegara dan dua rakyat asing. Sabah masih menjadi negeri dengan kes jangkitan tertinggi iaitu 535…

Read More

UMNO mahu gencatan politik

UMNO menggesa supaya dilakukan gencatan politik di samping memperkasakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan diutamakan. Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO berpendirian untuk mendokong kerajaan PN dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi. Dalam satu kenyatan hari ini, Ahmad Zahid mengarahkan semua kepemimpinan parti yang ada dalam Kabinet ketika ini memberikan tumpuan kepada  usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik Covid -19. “Kerjasama semua parti…

Read More

26 daerah di zon merah

SEBANYAK 26 daerah di seluruh negara dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari iaitu dari 7 hingga 20 Oktober, demikian menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia.  Berdasarkan senarai CPRC, Sabah mencatatkan jumlah zon merah tertinggi dengan 16 daerah manakala Selangor mencatatkan lima daerah, masing-masing dua daerah di Kedah (Kota Setar dan Pokok Sena) dan Pulau Pinang (Timur Laut dan Seberang Perai Selatan), manakala satu di Perak iaitu daerah Larut, Matang, Selama. Enam belas daerah di Sabah adalah Lahad Datu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tuaran, Kunak,…

Read More