4,267 kes baharu Indonesia

INDONESIA merekodkan 4,267 kes baharu positif Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 373.109 kes sementara kes aktif pula sebanyak 62,743 kes

Daripada jumlah itu, Jakarta merekodkan 1000 kes dan kumulatifnya mencapai 97,217 kes diikuti Jawa Barat 657 kes (31,907), Jawa Tengah 374 kes (30.218), Jawa Timur 327 (49.801).

Kes pesakit meninggal dunia pula bertambah sebanyak 123 kes dan kumulatifnya mencapai 12,857 di mana Jawa Timur merekodkan 24 kes dengan kumulatifnya 3,606 kes, Jakarta 21 kes (2,089), Jawa Barat 16 (616), Jawa Tengah 13 (1,620)

Sementara itu sebanyak 3,856 kes sembuh dilaporkan yang membawa kes pulih meningkat kepada 297,509.

Kes sembuh tertinggi direkodkan di Jakarta iaitu sebanyak 1,072 diikuti Jawa Barat 550 kes dan Jawa Tengah 380 kes.

Sementara itu, di FILIPINA setakat pukul 4 petang 21 Oktober 2020, Jabatan Kesihatan (DOH) melaporkan jumlah kes Covid-19 kini mencecah 362,243, selepas 1,509 lagi kes baharu disahkan.

Sebanyak 60 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 6,747.

DOH juga mengumumkan sebanyak 911 kes pesakit pulih dan ini membawa jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 311,506.

Related posts

Leave a Comment