UMNO mahu gencatan politik

UMNO menggesa supaya dilakukan gencatan politik di samping memperkasakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan diutamakan.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO berpendirian untuk mendokong kerajaan PN dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.

Dalam satu kenyatan hari ini, Ahmad Zahid mengarahkan semua kepemimpinan parti yang ada dalam Kabinet ketika ini memberikan tumpuan kepada  usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik Covid -19.

“Kerjasama semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasionak harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi negara,” katanya.

Related posts

Leave a Comment