Madinah catat 92 kes

MADINAH terus mencatatkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi berbanding kota lain di Arab Saudi apabila merekodkan 92 kes berbanding 59 kes semalam, 20 Oktober dan 60 kes pada Isnin.

Makkah pula merekodkan 44 kes, Riyadh 34 sementara Jeddah tujuh kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 405 kes dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 343,373 dengan 8,423 kes aktif di mana 804 kritikal.

Sebanyak 18 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19; dan ini membawa kepada 5,235 kematian.

Kementerian juga merekodkan 445 kes sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 329,715 atau 96 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment