Lapan lagi kluster baharu

KLUSTER BASUNG

Melibatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah. Sebanyak 19 kes dikenal pasti positif Covid-19 dalam kluster ini melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di daerah Kudat.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, 174 individu disaring, di mana:

19 kes dikesan positif dan

148 individu negatif; dan 197 masih menunggu keputusan.

KLUSTER INAI

Melibatkan daerah Kudat di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17773) tdikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di PPR Taman Ehsan, Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif Covid-19.. Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif dan 84 masih menunggu keputusan saringan.

KLUSTER TEMPAYAN

Melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11619) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 18 lagi kes positif. Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif dan satu individu negatif; dan satu masih menunggu keputusan.

KLUSTER LONG

Melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16746) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 301 individu disaring, di mana:

18 kes dikesan positif, 260 individu negatif; dan 23 menunggu keputusan.

KLUSTER CAHAYA

Melibatkan daerah Petaling di  Selangor dan daerah Tampin di Negeri Sembilan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20394) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat mengenal pasti 17 lagi kes positif. Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 84 individu disaring, di mana:18 kes dikesan positif, tiga

individu negatif; dan 63 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BAH KOTA

Melibatkan daerah Sepang di Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17988) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenal pasti sembilan lagi kes positif.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 171 individu disaring, di mana:

10 kes dikesan positif dan 161 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER MELATI

Melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Klang di negeri Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18002) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenal pasti lapan lagi kes positif.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 24 individu  disaring, di mana sembilan kes dikesan positif dan 15 individu individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BINA LABUAN

Melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22943) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan hospital pada 21 Oktober 2020 dan meninggal dunia pada hari yang sama di Hospital Labuan.

Saringan kontak rapat mengenal pasti empat lagi kes positif. Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 60 individu disaring, di mana lima kes dikesan positif dan 55 individu masih menunggu keputusan.

Related posts

Leave a Comment