MHPSS bantu warga Sabah

SABAH mencatatkan 535 kes atau 73..1 peratus daripada jumlah keseluruhan 732 kes hari ini. Lahad Datu melaporkan kes tertinggi bagi pecahan daerah (115) diikuti Kota Kinabalu (90).

Terdapat tiga kluster baharu dilaporkan iaitu Basung, Inai dan Tempayan.

Menyedari situasi semasa Covid-19 di Sabah yang mengalami peningkatan kes positif setiap hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mempertingkatkan liputan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) khas melalui Talian Sokongan Psikososial untuk warga Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata talian yang boleh diakses melalui 088-338088itu bagi membantu warga Sabah dan pasukan barisan hadapan yang memerlukan sokongan terutamanya dalam keadaan krisis.

Talian ini untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat sokongan emosi dan bantuan awal psikologi.

KKM juga menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada anggota barisan hadapan di lapangan bagi mengenal pasti mereka yang mulai mengalami kelesuan minda serta membantu mereka dari aspek kesihatan mental.

KKM berharap wira dan wirawati negara itu cekal dan terus berjuang menghadapi gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia ketika ini.

Setakat 19 Oktober, Talian Sokongan Psikososial Kebangsaan yang dibangunkan oleh KKM bersama MERCY Malaysia dan agensi-agensi lain sejak 25 Mac lalu menerima 36,269 panggilan. 

Pemanggil antara lain memerlukan sokongan emosi dan kaunseling (stres, bimbang, marah, murung) sebanyak 50 peratus.

Antara sebab adalah faktor sosial seperti hilang pekerjaan, tiada pendapatan, masalah hubungan, persepsi negatif orang sekeliling, bimbang dijangkiti dan masalah tempat kerja.

SebanyakPanggilan yang mahu tahu mengenai maklumat berkaitan Covid-19 adalah 14.7 peratus, isu rumahtangga/keganasan rumahtangga (8.8 peratus), isu keperluan asas/bantuan kewangan/sumbangan (6.8 peratus) aduan (3.3 peratus), masalah psikiatri (2.2 peratus) dan isu-isu kesihatan sebanyak 1.1 peratus.

Related posts

Leave a Comment