Sultan dukacita gangguan air

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita baginda dengan keluhan dan nasib rakyat yang berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air ketika negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Muhamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata Sultan Sharafuddin pada 8 September lepas telah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berhubung masalah gangguan bekalan air yang sering melanda Selangor. “Dalam surat berkenaan baginda memberikan nasihat serta beberapa syor dan pandangan untuk mengatasi masalah bekalan air bersih tetapi nampaknya tidak memberi kesan kerana masalah sama terus…

Read More

Saudi catat 381 kes baharu

ARAB Saudi setakat hari ini, Isnin 19 Oktober merekodkan 342,583 kes koronavirus Covid-19 dengan jumlah jangkitan harian kini kurang daripada 400 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah 381 kes berbanding semalam 348 kes. Kes aktif pula sebanyak 8,487 di mana 844 adalah kritikal. Sebanyak 16 lagi kematian dilaporkan berbanding 20 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes pesakit meninggal dunia meningkat kepada 5,201 kes. MoH juga melaporkan sebanyak 357 kes sembuh dicatatkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh 328,895 atau 96 peratus daripada  keseluruhan kes.…

Read More

448 kes ada sejarah ke Sabah

DARIPADA 858 kes penularan di dalam negara, lima kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September adalah sebanyak 448 les. Hari ini, Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 643 kes (74.3%). Lebih banyak ujian makmal telah dapat dijalankan di Sabah dan yang dihantar ke Semenanjung Malaysia. Daripada 643 kes dilaporkan di Sabah, 183 adalah dari kluster-kluster sedia ada manakala 343 adalah saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Read More

Hanya Sabak Bernam ‘hijau’

TIGA negeri di Lembah Klang menyumbang 13.5% daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini, 19 Oktober 2020. Selangor melaporkan 107 kes, Kuala Lumpur tujuh dan Putrajaya tiga. Sebanyak 75 kes daripada jumlah keseluruhan 117 adalah dari kluster-kluster sedia ada. Satu kluster baharu dilaporkan (Hentian). Sementara itu, Sabak Bernam, satu-satunya kawasan yang masih dalam zon hijau ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Read More

RM1.7 bilion perangi Covid-19

KERAJAAN memperuntukkan lebih RM1.7 bilion untuk memerangi penularan Covid-19 yang disalurkan melalui 14 kementerian dan kerajaan negeri sejak Februari 2020, dan terus komited bagi memastikan barisan hadapan dan sistem kesihatan mempunyai dana yang mencukupi untuk melindungi rakyat. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan tetap komited terhadap usaha menentang pandemik Covid-19 dan bersedia untuk menambah peruntukan, jika ada keperluan. Daripada jumlah tersebut yang diperuntukkan setakat ini, sebanyak RM1 bilion disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), RM250 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan RM247 juta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). “Kerajaan tidak teragak-agak untuk menambah peruntukan kewangan sekiranya perlu untuk berbuat demikian terutamanya bagi memenuhi…

Read More

Kluster Hentian, Kluster Bukit

𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗡 Melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18664) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenal pasti enam lagi kes positif Covid-19. Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu disaring, di mana tujuh dikesan positif Covid-19; dan 120 individu masih menunggu keputusan. 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 Melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17531) dikenal…

Read More

Kes di Sabah 643

JUMLAH kes Covid-19 yang dilaporkan di SABAH adalah 643 kes di mana 183 dari kluster sedia ada, 343 saringan kontak rapat dan 117 lain-lain saringan Covid-19 SELANGOR mencatatkan 107 kes iaitu 71 dari kluster sedia ada, 19 saringan kontak rapat, dua saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, satu kluster Hentian (baharu), lapan lain-lain saringan Covid-19, empat import dari China, satu masing-masing import dari Amerika Syarikat dan Qatar. LABUAN merekodkan 34 kes iaitu 33 dari kluster sedia ada dan satu saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi. PULAU PINANG merekodkan 24 kes dari…

Read More

865 kes baharu, tiga kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 865 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan lebih 74 peratus daripadanya membabitkan jangkitan di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes mencecah 21,363 dengan 7,456 kes aktif. Beliau memberitahu, daripada 865 kes baharu yang dilaporkan, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga warganegara dan empat bukan warganegara. Tiga lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, 19 Oktober menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 190 kes, bersamaan 0.9…

Read More

PKPD di Penjara Kepayan

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai mulai 21 Oktober sehingga 3 November 2020. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah keseluruhan individu terlibat adalah seramai 3,511 orang merangkumi 2,914 banduan dan 597 staf penjara. Sepanjang tempoh itu, bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan Negeri Sabah yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri. Mengenai kebenaran masuk dari Singapura, beliau berkata kerajaan tidak pernah menghalang rakyat Malaysian dari Singapura masuk ke negara ini. Terdapat…

Read More